Gambar intip Merc-AMG A45 yang sedang diuji tersebar - hot hatch dengan 400 kuasa kuda!

oleh Mohamad Hanif|
Generasi terbaharu Mercedes-AMG A45 dilihat sedang diuji secara ekstensif di Grand Canyon, Amerika Syarikat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut sumber gambar intip yang diperoleh daripada pembaca Carscoops, A45 yang masih memakai pelekat samaran itu menampakkan perbezaan yang amat ketara pada model AMG itu seperti penggunaan splitter hadapan dan ruang bukaan udara yang lebih besar. 


Di bahagian sisi pula tampil set rim sports berwarna perak dengan sistem brek enam piston pada bahagian hadapan serta kit badan AMG.

Mercedes-AMG telah mereka semula spoiler belakang bagi memberikan lebih daya downforce serta melengkapkan A45 itu dengan diffuser serta empat buah tip ekzos tipikal model berjenama AMG. 

 


Pengeluar daripada Jerman itu sebelum ini telah mengesahkan bahawa A45 generasi baharu ini akan menerima pakai nadi enjin 2.0 liter turbo yang mampu menjana kuasa melebihi 400 kuasa kuda, membolehkan hot hatchback ini memecut dari pegun dalam masa kurang empat saat sebelum mencecah 100 km/j.  

Berita Berkenaan

Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Berbanding varian berkuasanya GT63, Mercedes-AMG GT43 bersama nadi baharu itu turut tidak…
Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…