Gambar intip: Lynk & Co uji 01 versi tiga baris tempat duduk

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Lynk & Co 01 merupakan produk pertama yang dibangunkan oleh Geely dan Volvo di bawah jenama baharu, dan ia merupakan sebuah crossover SUV dengan konfigurasi lima tempat duduk. 

Dalam usaha untuk menawarkan lebih produk yang mampu memenuhi keperluan pengguna, Lynk & Co dilihat sedang menguji prototaip SUV 01 di Sweeden yang diperhatikan dimensinya telah bertambah. 

Ini boleh dilihat menerusi penambahan panjang bermula dari tiang C 01, manakala jarak overhang belakang pula lebih panjang berbanding model standard. 
 


Ini mungkin merupakan petunjuk bahawa Lynk & Co sedang menguji 01 versi tiga baris tempat duduk, dengan penambahan dua tempat duduk di bahagian belakang boleh diperhatikan menerusi cermin belakang. 

Lynk & Co 01 berkongsi platform yang serupa dengan Volvo XC40 dan menawarkan enjin 2.0 liter empat silinder sebaris yang mampu menjana 187 kuasa kuda digandingkan dengan transmisi DCT tujuh nisbah kelajuan.

 


Versi plug-in hybrid pula menggunakan enjin 1.5 liter tiga silinder sebaris (178 hp) digandingkan dengan motor elektrik berkuasa 81 hp dan menawarkan jarak operasi bebas emisi sejauh 51 km. 

SUV 01 dengan tiga baris tempat duduk ini dijangka akan diperkenalkan lewat tahun ini dan ditawarkan menerusi program langganan tersendiri Lynk & Co. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibangun menggunakan platform CMA, ia membawakan dimensi berukuran 4,820 mm, lebar 1,925 mm, tinggi…
Berita Global
Terbaharu, laporan daripada Reuters menyebut kerjasama antara kedua belah pihak itu memungkinkan…
Berita Domestik
Sasaran tersebut merangkumi jumlah jualan bagi model-model di bawah Geely Auto, Lynk & Co,…