Gambar intip: Land Rover Defender 2020 diuji di Litar Nurburgring!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Jika generasi terdahulu Land Rover Defender telah terbukti mampu menawan apa jua permukaan bumi, model penggantinya pula kini disasarkan untuk menjadi sebuah SUV serba boleh. 

Manakan tidak, berdasarkan gambar intipan yang diperoleh daripada CarScoops, Jaguar Land Rover kini sedang menguji SUV tersebut pada litar Neraka Hijau Nurburgring!

Hal ini sebenarnya tidaklah begitu mengejutkan, memandangkan sejak dari awal Land Rover menggunakan platform Modular Longitudinal Architecture (MLA) yang mengenepikan platform body-on-frame pada generasi terdahulu. 
 


Sebaliknya, Land Rover Defender 2020 memakai rekaan platform monocoque yang menampilkan sistem suspensi bebas di bahagian belakang. 

Kebaikannya? 

Casis lebih ringan, dan kuat dalam masa yang sama, selain memberikan pengendalian yang lebih dinamik di atas jalan raya biasa. 
 


Selain daripada itu, platform MLA ini juga membolehkan Defender 2020 menerima pelbagai jenis trenkuasa termasuklah enjin pembakaran dalaman, enjin mild-hybrid, plug-in hybrid serta trenkuasa elektrik sepenuhnya. 

Apa yang pasti, Land Rover Defender bakal ditawarkan dalam dua jenis badan yang berbeza, iaitu versi 90 dengan jarak roda pendek dan versi 110 yang lebih panjang dimensinya. 

Sumber dalaman turut memberitahu bahawa versi asas bakal menggunapakai enjin petrol dan diesel 2.0 liter janaan turbo manakala varian tertinggi pula menerima enjin enam silinder sebaris dengan bantuan mild-hybrid. 
 


Ia akan mula diperkenalkan kepada umum menjelang akhir tahun ini, dan penjualan pula disahkan akan bermula seawal tahun 2020.

Sumber: CarScoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Unit pertama yang dipaparkan ini baharu sahaja meluncur keluar bagi memberikan laluan kepada…
Berita Global
Jadi, untuk tidak menjadikan kehidupan anda terlalu bosan, Mansory kini menawarkan projek khas…
Berita Global
Informasi berkenaan BAIC Jishi 01 dikatakan muncul di laman web Kementerian Industri dan Teknologi…