Ini kerana berdasarkan gambar intipan terbaharu, Land Rover kini sedang menguji Defender 130 dengan dimensi yang lebih panjang dan tidak ketinggalan reka bentuk kekotakan yang sukar untuk dinafikan, walaupun penuh dengan pelekat samaran.

Selain daripada rupa bentuk lampu hadapan yang serupa dengan Defender 90 dan Defender 110, apa yang jelas kelihatan adalah bahagian belakang yang jauh lebih panjang, di mana ia membawakan dimensi panjang sehingga 5,100 mm, atau 342 mm lebih panjang berbanding Defender 110 dan 227 mm lebih panjang berbanding Mercedes-Benz G-Class.
Disebabkan pertambahan dimensi itu, Defender 130 berkeupayaan untuk memuatkan sehingga lapan orang pada satu-satu masa penambahan tempat duduk baris ketiga.

Land Rover juga akan menawarkan pilihan trenkuasa yang serupa seperti Defender 90 dan Defender 110, merangkumi enjin petrol, diesel, hibrid, serta versi yang lebih berkuasa dengan enjin V8 supercharger yang mampu menghasilkan 550 kuasa kuda.
Awal tahun lalu, Land Rover menjanjikan Defender 130 bakal tersedia dalam tempoh 18 bulan, jadi adalah dijangkakan pelancaran rasmi model Defender yang panjang ini berlangsung sebelum musim luruh tahun hadapan.
Sumber: Motor1