Gambar intip: Hyundai Ioniq 5 diuji di Korea Selatan

oleh Mohamad Hanif|
Tinggal beberapa minggu saja sebelum pelancaran rasmi model kenderaan elektrik terbaharu dari Hyundai, Ioniq 5 dan kelibat model ujian tersebut kini ditemui sedang diuji di bandar Bundang-gu, Korea Selatan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Hyundai Ioniq 5 banyak mengambil bentuk daripada model konsep Hyundai 45, dan teaser terbaharu yang didedahkan sendiri oleh pihak Hyundai mengesahkan beberapa ciri menarik yang ada pada model itu, seperti lampu piksel berbentuk empat segi depan dan belakang.

 


Gambaran lampu tersebut diperlihatkan dengan lebih jelas di dalam dunia nyata menerusi video saluran Youtube yang menampilkan seorang pemilik Tesla Model 3 sedang merakam kelibat EV tersebut di salah sebuah stesen pengecasan di bandar tersebut.

Selain daripada itu, rakaman itu turut menunjukkan slot pengecasan EV yang terletak di bahagian belakang, rekaan pemegang pintu jenis pop-out (rekaan tertanam untuk tujuan aerodinamik), rim 20 inci yang menyamai model konsep serta balutan getah Michelin 255/45.

 

 

Rekaan hud hadapan juga disahkan membawakan rekaan clamshell bertujuan untuk mengurangkan lagi kelibat panel yang mampu mempengaruhi aspek aerodinamik EV itu.

Pada minit 6:11, video itu kemudian memaparkan EV tersebut meluncur di atas jalan raya, dan dapat dilihat bagaimana besarnya crossover tersebut jika dibandingkan dengan kenderaan lain.

 


Berdasarkan spesifikasi yang tertiris, Hyundai Ioniq 5 dijangka mampu menawarkan ruang kabin yang amat luas, terima kasih kepada jarak antara roda sepanjang 3,000 mm, tempat duduk yang boleh dibaringkan sepenuhnya dan kapasiti kargo yang mampu mencecah 600 liter.

Hyundai Ioniq 5 merupakan model pertama yang dibangunkan berdasarkan senibina E-GMP dengan membawakan konfigurasi motor elektrik berkembar, fungsi pengecasan pantas, serta jarak operasi sekitar 400 km untuk sekali cas penuh.

Spesifikasi Hyundai Ioniq 5 yang tertiris boleh dibaca pada pautan INI.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Hyundai membangunkan kereta lumba ini untuk bersaing di dalam kelas eN1 yang baru diwujudkan di…
Berita Global
Antara yang terlibat termasuklah wakil daripada Hyundai Motor Company itu sendiri, diikuti wakil…
Pelancaran
Sistem e-Corner merupakan modul pakej semua-dalam-satu merangkumi brake by wire, steer by wire,…