Gambar intip: Honda CR-V 2023 dikesan di Serdang, pelancaran dalam masa terdekat?

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah SUV yang penuh dengan pelekat samaran dipercayai Honda CR-V generasi baharu dikesan berhampiran dengan Hospital Serdang, semalam oleh pembaca Careta yang hanya mahu dikenali sebagai Brad Pitt Muo.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Untuk makluman, Honda CR-V 2023 generasi baharu diperkenalkan secara rasmi di peringkat global pada bulan Julai tahun lepas, dengan membawakan kemaskini terhadap rekaan luaran, serta ukuran dimensi yang lebih besar.
 

CR-V


Berbanding CR-V terdahulu, Honda CR-V 2023 memiliki ukuran sepanjang  4,694 mm, dan jarak antara roda kini menjadi 2,700 mm.

Lebih penting, Honda CR-V baharu ini juga dijangka akan ditawarkan dengan dua pilihan trenkuasa, iaitu enjin 1.5 liter VTEC Turbo (193 PS/243 Nm), serta enjin hibrid 2.0 liter e:HEV (207 PS/315 Nm) seperti yang muncul pada Honda Civic e:HEV sebelum ini.
 

CR-V


Dari segi rupa paras, Honda CR-V 2023 tampil dengan rekaan luaran yang lebih elegan, diikuti dengan susun atur papan pemuka yang hampir sama dengan Civic generasi ke-11, lengkap dengan skrin kluster digital, skrin infotainmen tengah sembilan inci, sokongan Apple CarPlay/Android Auto, serta ciri keselesaaan yang sesuai untuk pasaran tempatan.

Dengan kemunculan model yang sarat dengan pelekat ini, besar kemungkinan ia bakal dilancarkan secara rasmi dalam masa terdekat.

Tunggu sahaja butiran penuh dari kami di Careta.my.

Baca: Honda CR-V 2023 Generasi Baharu

Baca: Honda Breeze 2023 (China)

Baca: Jentera lumba Honda CR-V Hybrid Racer 2023

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan gambar intip yang diperoleh daripada Autocar, unit prototaip Audi A6 Avant e-tron itu…
Berita Global
Namun, versi facelift yang bakal dilancarkan tidak lama lagi mendefinisikan semula identiti berani…
Model Terbaharu
Ini bukanlah versi pertama SF90 yang dipertingkatkan, dimana sebelum ini SF90 Stradale hadir dengan…