Gambar intip: Honda City hatchback diuji di Thailand

oleh Mohamad Hanif|
Jiran kita Thailand sekali lagi bertuah kerana tidak lama selepas pelancaran sedan Honda City generasi baharu, timbul pula kelibat 'kembarnya' Honda City hatchback menjalar di jalan raya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun kereta ujian tersebut penuh dengan pelekat samaran, bahagian hadapan hatchback tersebut tidak dinafikan menyamai bentuk front fascia yang dimiliki oleh Honda City generasi baharu.

 


Sementara di bahagian belakang pula banyak membawakan persamaan yang ditunjukkan oleh gambar paten yang tertiris, mengesahkan bahawa ia sememangnya model Honda City hatchback.

Dari segi trenkuasa, Honda City hatchback diramalkan akan membawakan nadi tiga silinder sebaris 1.0 liter turbo, enjin sama yang menduduki perut sedan City generasi baharu.

 


Sebelum ini, pihak Honda dikhabarkan tidak akan membawa masuk model Jazz generasi baharu untuk pasaran ASEAN, memandangkan ia dibangunkan untuk pasaran yang lebih premium, seperti Eropah.

Jadi, Honda City hatchback dilihat sebagai calon yang sesuai bagi menggantikan peranan Jazz, resepi yang serupa digunakan oleh pesaingnya Toyota Vios/Yaris dan Proton Iriz/Persona.

 


Selain pasaran ASEAN, City Hatchback juga turut dibangunkan untuk pasaran negara membangun seperti Brazil dan juga Amerika Selatan.

Setakat ini tiada sebarang berita yang menandakan pelancaran rasmi sedan generasi baharu Honda City untuk pasaran Malaysia.

 


Namun, jika anda masih ingat, hujung tahun lalu kami pernah menyiarkan berita berkenaan kehadiran tanda dagang "City Hatchback" di MyIPO, dan berita ini sekaligus menguatkan lagi telahan di mana City hatchback bakal menggantikan model Jazz untuk pasaran Malaysia.

Kredit: Mick Makawan FB

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sama seperti keluaran sebelum ini, ia masih mengekalkan enjin 1.0 liter turbo dan juga versi hibrid…
Berita Domestik
  HMSB turut memberi kenyataan bahawa mereka juga berjaya menerima lebih 105,000 tempahan dari…
Berita Domestik
Kempen panggil semula ini merupakan salah satu daripada langkah keselamatan berjaga-jaga yang…