Jadi adalah tidak mengejutkan apabila model ujian generasi ke-11 Honda Accord mula dikesan berdasarkan gambar-gambar yang diperoleh daripada laman web Motor1.com.
Secara keseluruhan, bentuk badan sedan masih lagi dikekalkan, namun berdasarkan pengamatan sedan generasi ke-11 ini dilihat membawakan perkadaran yang lebih asli, berbanding bentuk fastback pada Accord generasi terkini.

Sudah pasti, muka depan Accord membawakan rupa paras baharu, diikuti dengan rekaan belakang yang kini tidak lagi menampilkan unit lampu utama berbentuk seperti sebuah stapler itu.
Besar kemungkinan, Honda masih lagi mengekalkan penggunaan platform yang sama berdasarkan apa yang dibuat pada model Civic, namun dengan beberapa penambahbaikan bagi menjadikan pemanduan yang lebih dinamik dan selesa.

Dari segi trenkuasa, Honda Accord generasi baharu ini dijangka mengekalkan penawaran nadi 1.5 liter turbo (192 hp), serta penawaran versi hibrid yang menggunakan nadi 2.0 liter yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 212 hp.
Ini dibuktikan menerusi berita di mana Honda telah pun mengesahkan kehadiran Accord Hybrid yang akan diperkenalkan selepas model CR-V Hybrid membuat kemunculan pada tahun ini.
Sumber: Motor1