Gambar Intip: Golf GTI Mk8 dikesan di Malaysia!

oleh Mohamad Hanif|
Tinggal beberapa bulan sahaja sebelum tahun 2020 melabuhkan tirai, namun tidak sunyi dengan kehadiran pelbagai jenis model kenderaan baharu yang memasuki pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu, rakan pembaca Careta Faiz Faizz telah menghantar gambar spyshot sebuah Golf generasi baharu berwarna merah yang sedang berehat sebentar di R&R Gambang (menghala ke timur).

Berdasarkan pengamatan, Golf Mk8 itu merupakan varian GTI berdasarkan kehadiran garisan merah pada gril hadapan, logo GTI (yang sengaja ditutup), serta tip ekzos tunggal pada bahagian kiri dan kanan bumper belakang.

 


Mengikut spesifikasi, VW Golf GTI datang dengan nadi EA888 2.0 liter TSI yang mampu menjana 242 kuasa kuda dan 370 Nm daya kilas yang dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan atau klac berkembar automatik tujuh nisbah kelajuan.

Sistem gantungan Volkswagen Golf GTI kini didatangkan dengan sistem kawalan dinamik yang digelar sebagai Pengurusan Dinamik Kenderaan yang mampu mengawal kunci differensial elektronik XDS dan suspensi adaptif DCC.

 


Talaan yang dilakukan membolehkan Golf GTI duduk lebih rendah 0.6 inci berbanding Golf standard, malah pemandu boleh menetapkan tetapan tersendiri selain daripada mod Comfort, Eco dan Sport sedia ada.  

Ruang kabin Golf GTI dihiasi dengan roda stereng sports baharu yang dilengkapi dengan kawalan sentuh dan tombol gear manual klasik (untuk model manual) serta tempat duduk GTI tartan.

 


Setakat ini tiada sebarang tarikh khusus bilakah Volkswagen Passenger Car Malaysia akan melancarkan secara rasmi model Golf generasi kelapan, tunggu sahaja pengumuman dari kami di Careta.my.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Global
Pada masa hadapan, anda mungkin sekali perlu membiasakan diri dengan kehadiran hot hatch berkuasa…
Berita Domestik
Pakej VAP bernilai antara RM8,000-RM10,000 (bergantung kepada model) ini menawarkan tambahan…