Gambar Intip: Crossover Yaris diuji atas permukaan salji

oleh Mohamad Hanif|
Nun jauh di Eropah, pihak Toyota dilihat sudah mula menguji model crossover kecil yang menggunakan asas daripada Toyota Yaris.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dan jika dilihat dengan lebih teliti, jelas dan nyata model baharu ini memiliki dimensi yang lebih tinggi berbanding hatchback Yaris dan menampilkan rekaan lampu yang lebih moden.

 


Model SUV/Crossover kecil yang masih tidak bernama ini masih lagi mengekalkan penggunaan platform TNGA-B, serta nadi 1.5 liter hibrid sama seperti unit yang terdapat pada Yaris baharu versi Eropah.

Walaupun berkongsi platform yang serupa, crossover kecil ini akan menampilkan rekaan yang serba baharu dengan jarak antara roda yang lebih panjang, sistem pacuan empat roda pintar dan suspensi off-road.

 


Jadi, ia bukan sekadar Yaris yang ditampalkan cladding plastik dan dipasangkan dengan suspensi yang lebih tinggi.

Menurut Toyota lagi, crossover Yaris ini akan menjadi crossover segmen B yang kompak, dengan rekaan yang lebih dinamik dan memiliki personaliti yang tersendiri.

 


Dari segi penjualan, crossover ini akan diposisikan di bawah model C-HR dan bakal bersaing dengan model-model lain seperti Nissan Juke, Renault Captur dan Ford Puma.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan gambar intip yang diperoleh daripada Autocar, unit prototaip Audi A6 Avant e-tron itu…
Berita Global
Namun, versi facelift yang bakal dilancarkan tidak lama lagi mendefinisikan semula identiti berani…
Model Terbaharu
Ini bukanlah versi pertama SF90 yang dipertingkatkan, dimana sebelum ini SF90 Stradale hadir dengan…