Gambar intip: C-Class All-Terrain 2022 dikesan, pelancaran global September ini

oleh Mohamad Hanif|
Generasi baharu C-Class telah pun selamat dilancarkan beberapa bulan yang lalu, dimana kali ini Mercedes meringkaskan penawaran kepada sedan dan station wagon sahaja tanpa kehadiran model coupe.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak cukup dengan itu, Mercedes-Benz juga mahu memberikan saingan kepada model seperti Audi A4 Allroad di dalam segmen crossover wagon.

Laman web Auto Express UK baru-baru ini melaporkan kelibat Mercedes-Benz C-Class All-Terrain yang dijadualkan pelancaran rasminya pada acara International Motor Show Munich September ini.

 


Kehadiran model ini sekaligus menjadikannya sebagai model wagon kedua yang mendapat trim All-Terrain selepas Mercedes-Benz E-Class yang menampilkan sistem pacuan semua roda, jarak kelegaan tanah yang ditinggikan, serta pemasangan pelindung cladding plastik.

C-Class All-Terrain berkemungkinan besar akan dilengkapi dengan sistem suspensi udara adaptif yang membolehkan pemilik menyesuaikan ketinggian mengikut keperluan.

 


Sebagai rujukan, Mercedes-Benz E-Class All-Terrain memiliki jarak kelegaan tanah 29 mm lebih tinggi berbanding model standard, dan dengan sistem suspensi adaptif ia mampu menambah sebanyak 20 mm lagi ketinggian.

Pada model C-Class wagon standard, ruang kargo belakang adalah sebesar 490 liter dan mampu memuatkan sehingga 1,510 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat.

 


Namun, dengan sistem pacuan semua roda 4MATIC yang bakal dimuatkan, terdapat kemungkinan ia akan memberikan kesan kepada ruang sedia ada.

Baca: Mercedes-Benz C-Class 2022

Butiran lanjut bakal diketahui menjelang pelancaran rasmi C-Class All-Terrain bulan hadapan.

Sumber: Auto Express UK