Gambar intip: BMW uji model wagon elektrik i5 Touring di Jerman

oleh Mohamad Hanif|
BMW 5-Series Touring merupakan antara model estate/station wagon yang paling berjaya pernah dihasilkan oleh BMW.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Pengeluar itu nampaknya bakal melancarkan model wagon 5-Series terbaharu berdasarkan kehadiran model ujian i5 Touring yang dikesan atas jalan bersalji di German, baru-baru ini.
 

EV


Varian EV itu dijangka akan ditawarkan bersama-sama varian petrol, diesel dan plug-in hybrid serta tidak ketinggalan bentuk badan sedan menjelang tahun 2024.  

Anda boleh jangkakan praktikaliti yang sama didapati pada model wagon terdahulu, dengan ruang kargo sekurang-kurangnya 560 liter, yang mana ruang itu akan terjejas sedikit untuk versi plug-in hybrid dan EV disebabkan oleh penambahan pek bateri.

Melihat kepada model ujian yang masih sarat dengan pelekat samaran itu, BMW i5 Touring itu dijangka membawakan reka bentuk lampu utama yang nipis, serta rekaan jeriji buah pinggang yang tertutup.
 

EV


Sementara unit lampu belakang pula menampilkan jenis LED berlapis yang mengekalkan bentuk signatur L pada model-model BMW masa kini.

Aspek trenkuasa masih lagi dirahsiakan, namun besar kemungkinan model 5-Series berkuasa elektrik ini akan menggunakan pelantar CLAR yang membolehkan pelbagai jenis pilihan trenkuasa dimuatkan.

Versi berprestasi tinggi M5 pula berkemungkinan besar akan kembali sebagai model berkuasa hibrid.
 

EV


Generasi baharu 5-Series ini akan muncul menjelang tahun 2023, mendahului pelancaran rasmi di pasaran tertentu pada tahun 2024.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Dari segi saiz berbanding generasi terdahulu, 5 Series Touring 2025 kini 97 mm lebih panjang, 32 mm…