Gambar intip: BMW 1-Series 2020 tampak lebih garang!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Generasi baharu BMW 1 Series kini sedang menantikan saat untuk diperkenalkan kepada umum secara rasmi, namun terima kasih kepada Bimmerfile, kita dapat melihat dengan lebih jelas bagaimana penampilan sebenar hatchback dari BMW ini. 

Menurut laporan Bimmerfile, gambar intipan ini merupakan sampel sebenar produksi akhir BMW M135i xDrive. 

Front fascia hatchback BMW ini menampilkan versi grill buah pinggang yang lebih menarik, diakhiri dengan kemasan aluminium satin manakala rekaan bumper pula tampil lebih agresif terima kasih kepada liang udara berkembar di kiri dan kanan. 

Tatkala rupa sisi masih lagi tidak kelihatan, reka bentuk belakang pula hadir dengan gugusan lampu utama yang lebih nipis ala-ala BMW 3-Series dan lebih garang dengan kehadiran tip ekzos berkembar. 
 


Sebagai pengetahuan, ini merupakan generasi pertama BMW 1 Series yang menggunapakai platform pacuan roda hadapan, namun versi yang dipaparkan ini menggunakan konfigurasi pacuan semua roda xDrive. 

Enjin TwinPower Turbo 2.0 liter yang dibekalkan mampu menghasilkan 302 kuasa kuda dan 450 Nm daya kilas sebelum ia disalurkan kepada semua roda menerusi transmisi automatik lapan nisbah kelajuan. 

Antara ciri moden yang ditampilkan pada 1-Series ini ialah sistem kawalan cengkaman ARB yang diperkenalkan pada BMW i3s, menampilkan sistem kawalan berkomputer yang mampu bertindak 10 kali lebih pantas dan lebih jitu berbanding kawalan tradisional.

Ia bakal dibekalkan secara standard untuk semua varian 1-Series dan mampu bekerjasama dengan sistem kawalan kestabilan kenderaan dan BMW Performance Control. 

BMW 1-Series akan dilancarkan di Eropah menjelang akhir tahun ini dengan penampilan rasmi di acara Frankurt Motor Show pada September nanti. 
 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Selamat tinggal generasi pacuan roda belakang, selamat datang generasi baharu 1-Series dengan…