Gambar intip: Adakah ini model ujian untuk Mitsubishi Evolution XI?

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebelum ini Careta telah melaporkan bahawa Mitsubishi nampaknya berminat untuk menghidupkan kembali nama yang menjadi ikon di dalam sukan permotoran dan juga seteru Subaru Impreza, Lancer Evolution.

Sumber dari Jepun menyatakan bahawa generasi ke-sebelas Lancer Evolution itu bakal hadir dengan trenkuasa daripada rakan sepakatan, Renault Megane RS.
 


Dan terbaharu, terdapat beberapa keping gambar intipan yang dikesan menunjukkan bahawa Renault (atau Mitsubishi) sedang menguji sebuah model yang kelihatan sangat aneh. 

Renault penah mengesahkan bahawa mereka bakal hadir dengan sebuah varian plug-in hybrid untuk Megane, dan ini boleh disahkan menerusi kehadiran slot pengecasan yang berada di bahagian sebelah pemandu. 
 


Namun, kehadiran arca roda dengan fender flare yang sangat lebar itu kebiasaannya merujuk kepada sebuah model yang berprestasi tinggi, berkemungkinan besar ia adalah model ujian untuk Mitsubishi Lancer Evo XI.

Versi paling berkuasa Renault Megane RS kini mampu menghasilkan 296 kuasa kuda dan 400 Nm daya kilas, dan penambahan sistem mild-hybrid seperti yang dilaporkan sebelum ini mampu menjadikan Lancer Evo XI sebuah jentera dengan 341 kuasa kuda dan 433 Nm.
 


Jadi, sebuah Lancer Evolution dengan nadi hibrid Renault Megane RS?

Adakah ini bakal menaikkan kembali nama Lancer Evolution di persada dunia?

Sumber gambar: CarBuzz

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin tidak ramai yang sedar, Mitsubishi juga sebenarnya ada pernah menghasilkan sebuah wagon…
Berita Global
Dalam pengumuman tersebut, Mitsubishi menjanjikan beberapa perkara, termasuklah menawarkan kembali…
Berita Global
Beberapa hari yang lalu, Dream Car Giveaways di UK telah menganjurkan acara cabutan bertuah berupa…