Gambar bocor Suzuki Jimny generasi keempat tersebar lagi

oleh Mohamad Hanif|
Gambar spyshot generasi keempat Suzuki Jimny sekali lagi bocor sebelum pelancaran rasminya pada tahun ni.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laman web automotif di Jepun, Creative311.com, Suzuki Jimny tersebut dilihat di parking lot kilang syarikat tersebut, dipercayai untuk dibawa ke pusat pameran Suzuki. 

 


Melihatkan kepada gambar yang ditangkap secara rahsia itu, Suzuki Jimny dijangka akan menampilkan kamera keliling 360 darjah berdasarkan benjolan kecil yang terdapat pada cermin sisi dan penggunaan lampu hadapan projektor jenis LED monofokus. 

Dari segi nadi kuasa, Suzuki Jimny bakal ditawarkan dua pilihan enjin iaitu enjin 1.2 liter tiga silinder sebaris dan enjin 1.0 turbo Boosterjet tiga silinder sebaris yang menghasilkan 110 hp dan daya kilas maksimum 170 Nm untuk varian tertinggi. 

Suzuki Jimny generasi terbaru ini dijangka akan diperkenalkan pada Tokyo Motor Show 2018 sekitar Oktober ini dan memasuki pasaran pada suku pertama tahun 2019. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berbanding model Jimny 3 pintu, Jimny 5 pintu memiliki ukuran dimensi yang lebih panjang, iaitu 3,…
Berita Global
Seperti yang telah dijangka, permainan yang dibangunkan oleh Polyphony Digital itu kini menyertakan…
Berita Global
Untuk mereka yang tidak biasa dengan frasa Morizo itu, ia sebenarnya merupakan nama samaran yang…