Gambar bocor: Adakah ini Saga R3 Limited Edition?

oleh Mohamad Hanif|
Tidak pun sempat tirai tahun 2020 dilabuhkan, kami telah menerima informasi baharu berkenaan sebuah lagi model yang bakal diberikan sentuhan R3 Limited Edition selain Proton Iriz.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024


Gambar ini diperoleh daripada sumber yang enggan dikenali, dan berdasarkan pengamatan, jelas sekali ia merupakan susun atur yang terdapat pada Proton Saga facelift.

Selain daripada elemen warna aksen kuning pada kluster meter, dan bahagian bawah corong pendingin hawa, sistem infotainmen tengah juga turut didatangkan dengan grafik permulaan R3 Limited Edition.

Roda stereng kini didatangkan dengan jahitan kontras kuning, selain menampilkan warna aksen serupa pada punat fungsi. 

 


Sementara itu, tempat duduk yang masih berbalut plastik  itu juga turut didatangkan dengan sulaman logo R3 Limited Edition turut menguatkan lagi tekaan kami berhubung model baharu ini.

Tidak dapat dipastikan adakah ini kesinambungan yang dibawakan daripada Saga Anniversary Edition, atau sebuah lagi model yang dihasilkan khusus untuk menemani model Iriz R3 Limited Edition.

Nampaknya, kehadiran Saga R3 Limited Edition selain Iriz R3 Limited Edition dan Persona Black Edition bakal membuatkan Proton tidak cukup tangan untuk tahun 2021!

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ini kerana berdasarkan semakan yang dibuat di laman web Proton, terdapat empat buah model edisi…