Gambar acah Hyundai Stargazer 2022 didedahkan - MPV tiga baris tempat duduk untuk pasaran Asean

oleh Mohamad Hanif|
Di Asia Tenggara terutama pasaran Indonesia, saingan di dalam segmen MPV tiga baris tempat duduk sememangnya sangat sengit dengan kehadiran model-model seperti Toyota Avanza/Veloz, Daihatsu Xenia, Mitsubishi Xpander serta Honda BR-V.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kini, Hyundai cuba untuk menyelit dengan memperlihatkan gambar acah sebuah MPV serba baharu yang dinamakan sebagai Stargazer.
 

Stargazer


Berdasarkan imej-imej yang dibekalkan, Hyundai Stargazer dilihat membawakan elemen rekaan yang moden, futuristik serta mengingatkan kita kepada model Staria yang jauh lebih besar.

Ini boleh dilihat menerusi kehadiran jalur LED yang melintang penuh di bahagian depan dan belakang MPV tersebut.
 

Stargazer


Dalam satu video terbaharu, Hyundai mendedahkan susun atur di dalam ruang kabin, dengan konfigurasi tiga baris tempat duduk.

Namun, tempat duduk tengah menampilkan konfigurasi dua tempat duduk sahaja, memungkinkan kehadiran varian yang lebih premium dengan enam tempat duduk sahaja, selain daripada konfigurasi tujuh tempat duduk secara standard.

 

Stargazer


Susun atur papan pemuka pula menempatkan panel tunggal yang memuatkan skrin infotainmen di bahagian tengah, diikuti dengan skrin kluster instrumen di hadapan pemandu, serta tidak ketinggalan sistem pencahayaan ambien.

Hyundai Stargazer bakal didedahkan secara rasmi pada bulan depan dengan harga jualan anggaran bermula dari Rp 155,000,000 (RM46,010).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Namun, sebuah model yang langsung tidak tersenarai, iaitu Hyundai Stargazer nampaknya telah pun…
Berita Domestik
Dalam ujian penilaian ASEAN NCAP yang terkini, dua buah model Hyundai iaitu Creta dan Stargazer…
Berita Global
Reka bentuk sarat dengan falsafah     Hyundai menggunakan konsep Sleek One Box dan One Curve…