Gambar acah dedah imej lampu belakang LED pada Polestar 2

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Suka ataupun tidak, rekaan lampu ala sepit-sepit ketam kini merupakan antara trend rekaan yang agak popular di kalangan para pengeluar automotif. 

Tidak ketinggalan, Volvo menerusi divisyen kenderaan elektrik mereka Polestar turut membawakan unsur sepit ketam tersebut pada rekaan lampu belakang model Polestar 2 yang serba baharu itu. 

Namun, tidak seperti lampu ketam yang lain, lampu belakang Polestar 2 ini direka supaya memanjang mengikut kelebaran kereta, memberikan imej yang lebih menarik terutama pada waktu malam.

Sedan empat pintu Polestar 2 ini disasarkan untuk bersaing dengan Tesla Model 3, dengan konfigurasi motor elektrik berkembar yang mampu menjana kuasa sekitar 395 hp.
 


Dari segi jarak operasi, Polestar 2 ini mampu mencapai jarak sejauh 500 km untuk sekali pengecasan penuh.

Sebelum ini, Polestar sudah pun mendedahkan sistem Android Human Machine Interface (HMI) yang bakal dimuatkan pada Polestar 2, menjadikan ia kereta produksi pertama di dunia yang memakai sistem operasi tersebut.

Polestar 2 akan diperkenalkan secara rasmi pada Geneva Motor Show tidak lama lagi. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengguna laman media sosial Reddit (Stock-Exchange1761) mendedahkan EV Polestar 2 itu sekadar…
Berita Global
Polestar 2 2024 facelift ini menampilkan beberapa perubahan dari segi kosmetik, seperti contoh…
Berita Domestik
Polestar 2 dilengkapi bateri 78 kWj bersama 2 motor elektrik menghasilkan kuasa sehingga 408 HP dan…