Gambar acah crossover pantas Hyundai Kona N 2022 didedahkan

oleh Mohamad Hanif|
Setelah model Hyundai Kona facelift dilancarkan pada September tahun lalu, tiba giliran versi pantas Hyundai Kona N pula menyusul, memberikan petanda pelancaran dalam masa terdekat.

Beberapa keping gambar dibekalkan oleh Hyundai yang mendedahkan beberapa informasi penting, seperti contoh gril hadapan yang lebih agresif, lencana N, liang kemasukan udara yang lebih besar dan berfungsi sepenuhnya, serta kemasan aksen merah pada kit badan.

 


Sementara bahagian belakang pula menampilkan rekaan baharu (sama seperti model facelift), dan ditambah pula dengan sistem ekzos tip berkembar (satu untuk setiap sudut), rekaan bampar dengan diffuser, serta spoiler bumbung dengan lampu brek ketiga berbentuk segitiga.

 


Dari segi trenkuasa, Hyundai masih lagi berahsia dengan apa yang bakal ditawarkan, namun berdasarkan laporan terdahulu, Hyundai Kona N berkemungkinan besar didatangkan dengan nadi 2.0 liter turbo yang menghasilkan 278 hp, sistem pacuan semua roda, dan transmisi DCT lapan kelajuan.

 


Tiada sebarang butiran lanjut berhubung tarikh pelancaran sebenar model SUV pantas dari keluarga N ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana berdasarkan laporan terdahulu, Volkswagen akan menjelmakan Golf generasi ke-9 (Golf Mk9…
Berita Global
Difahamkan, 5 Series Touring boleh didapati secara eksklusif di pasaran Eropah, Jepun dan Taiwan…
Berita Global
Usah risau, kami tidak berniat untuk menipu anda dengan menggunakan gambar kabin Honda Civic FE,…