Galeri: Triumph Tiger 1200 2022 kini di Malaysia, dua varian, dari RM115,900

oleh Mohamad Hanif|
Dilancarkan secara rasmi pada bulan Februari yang lalu, jentera adventure touring Triumph Tiger 1200 2022 kini diperlihatkan buat kali pertama kepada para pengamal media tempatan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Terdapat dua varian yang ditawarkan, iaitu GT Pro dan Rally Explorer, namun kedua-dua dibekalkan dengan nadi  yang serupa, iaitu enjin tiga silinder sebaris 1,160 cc yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 150 PS @ 9,000 rpm dan daya kilas 130 Nm @ 7,000 rpm.
 

Tiger 1200


Sistem transmisi adalah jenis enam kelajuan dengan bantuan klac slipper/assist yang menyalurkan kuasa ke roda belakang menerusi aci pemacu.

Selain daripada kelengkapan seperti fork hadapan dan penyerap hentak belakang Showa, diikuti dengan brek Brembo depan dan belakang, Tiger 1200 turut dimuatkan dengan ciri keselamatan seperti kawalan jelajah, Triumph shift assist, bantuan mula mendaki, sistem lampu selekoh adaptif, sistem pencahayaan LED dengan lampu tambahan, sistem ABS dan kawalan cengkaman, serta opsyen sistem pemantauan tekanan tayar.
 

tiger


Sementara model Rally Explorer pula mendapat ciri tambahan radar titik buta serta enam mod tunggangan (berbanding lima pada model GT Pro).

Harga jualan Tiger 1200 bermula dari RM115,900 untuk model GT Pro, manakala model Rally Explorer pula bermula dari RM130,900 bergantung kepada warna yang dipilih.

Baca: Spesifikasi Triumph Tiger 1200 2022

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Juga mengurangkan faktor berat motosikal adventure ini ialah penggunaan tangki bahan api jenis…
Model Terbaharu
Dari segi kuasa, kedua-dua model itu tadi didatangkan dengan enjin tiga silinder sebaris 1,160 cc…