GALERI: Perodua Axia 2023 - Perincian spesifikasi mengikut varian

oleh Mohamad Hanif|
Selesai sudah pelancaran model terbaharu Perodua Axia 2023 yang berlangsung siang tadi.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Seperti yang telah dilaporkan, Perodua Axia 2023 boleh didapati dalam empat varian utama, iaitu Axia G, Axia X, Axia SE dan Axia AV.

 


Axia 2023 dibekalkan dengan enjin tiga silinder sebaris 1.0 liter 1KR-VE dengan hamburan kuasa 67 hp @ 6,000 rpm dan daya kilas 91 Nm @ 4,400 rpm, padanan transmisi D-CVT serta sistem pacuan roda hadapan.

Berikut merupakan perincian bagi setiap varian yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia.


Axia G (RM38,600)


- enjin 1KR-VE 1.0 liter, tiga silinder sebaris, 67 hp, 91 Nm
- transmisi D-CVT
- unit lampu halogen
- lampu belakang mentol, lampu brek ketiga LED
- rim aloi 14 inci
- sistem kemasukan tanpa kunci
- tempat duduk balutan fabrik
- panel instrumen tona tunggal, skrin info LCD 4.2 inci
- ABS, EBD, Bantuan Brek, Bantuan Mula Mendaki (HSA), Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC)
- dua beg udara
- cagak ISOFIX
- tempat duduk pemandu boleh laras ketinggian
- sistem audio asas dengan sokongan Bluetooth

 

 

Axia X (RM40,000)


(tambahan kepada ciri di atas)
- lampu utama LED dengan fungsi automatik
- fungsi larasan manual, follow me home
- roda stereng boleh laras (tilt)
- butang pandu mula
- sistem kemasukan pintar

 

 

Axia SE (RM44,000)


(tambahan kepada ciri di atas)
- lampu nyalaan siang LED
- skirting depan dan sisi
- jeriji depan krom
- tempat duduk semi bucket
- mod PWR
- kawalan pendingin hawa digital
- roda stereng dengan butang PWR

 

 

Axia AV (RM49,500)


(tambahan kepada ciri di atas)
- tempat duduk separa kulit
- skrin sentuh LCD sembilan inci, sokongan HDMI
- skrin paparan kluster TFT tujuh inci
- roda stereng balutan kulit dengan butang kawalan fungsi
- enam beg udara
- Advanced Safety Assist (ASA 3.0): Amaran Pra-Pelanggaran, Brek Kecemasan Automatik (AEB), Kawalan Salah Operasi Pedal, dan Amaran Pergerakan Kenderaan Hadapan
- Bantuan Suluhan Tinggi (AHB), Amaran dan Pengelakan Keluar Lorong (LDW), Sistem Pemantauan Titik Buta (BSM)
- kamera undur

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia berikutan pendedahan Daihatsu Motor Co. dalam satu kenyataan mengesahkan terdapat salah laku di…
Berita Domestik
Isu tersebut telah menjejaskan 88,000 unit kenderaan yang dipasang di Thailand dan Malaysia dan…
Telah Diuji
Berdasarkan semakan di media sosial Careta, tidak kurang ramai juga yang menyambut baik kehadiran…