GALERI CARETA: Toyota C-HR 2017 Unit Konsep

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

UMW Toyota mempamerkan satu unit C-HR di dewan pameran mereka di Seksyen 19, Petaling Jaya dan Careta turun untuk mengambil gambar unit pameran tersebut.

Kami diberitahu unit ini ialah unit dengan spesifikasi negara Australia, dan ia datang dengan enjin 1.2L Turbo dan transmisi CVT serta tempat duduk balutan fabrik, unit radio double-DIN dan lampu utama automatik.

Kerana ia bukan spesifikasi Malaysia, ia tidak datang dengan sistem Keyless Start/Stop dan pelbagai lagi kekurangan.

Spesifikasi tempatan pastinya lebih tinggi dan walaupun tidak ada lagi harga yang ditetapkan atau tarikh pelancaran, Careta menjangkakan ia akan diletakkan dalam julat harga antara RM120k sehingga RM140k. 

UMW Toyota ini menasihatkan para pembeli agar jangan meletakan wang deposit dan mereka mengarahkan wakil penjual mereka untuk tidak mengambil sebarang wang deposit.

Terima kasih kepada UMW Toyota untuk peluang ini. Bagi yang mahu melihat video pusing-keliling C-HR oleh Diana Ismadi, klik pada pautan ini. 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…