Gaji 'pilot' darat lagi mahal daripada juruterbang!

oleh SALINA JALIL|
Situasi di Britain yang ketika ini berdepan dengan krisis kekurangan pemandu lori menjadi lubuk rezeki baharu bagi seorang bekas juruterbang.


Aaron Leventhal, 37, sebelum ini bekerja sebagai juruterbang di syarikat penerbangan tambang murah, Flybe sebelum syarikat itu ditutup susulan pandemik Covid-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Leventhal yang sudah pun memiliki lesen lori ketika berkhidmat sebagai tentera sebelum ini terus mengambil peluang untuk mencuba kerjaya baharu.

 

“Ketika saya bergelar juruterbang, gaji tahunan saya adalah 30,000 pound (RM173,070) dan kini saya menerima bayaran lebih banyak sebagai pemandu lori iaitu 40,000 pound (RM230,760) setahun.

 

“Krisis yang berlaku ketika ini secara tidak langsung memberi peluang kepada saya untuk meneruskan kehidupan, malah lebih baik,” katanya kepada Daily Mail.

 

Jelas lelaki itu, dia bekerja dengan Flybe selama 18 bulan sebelum syarikat itu gulung tikar pada tahun lalu.

 

Katanya, dia berasa amat kecewa pada mulanya kerana berasa usahanya tidak berbaloi dengan keadaan yang berlaku.

 

“Tapi sekarang, saya sudah boleh tarik nafas lega kerana kerja yang saya lakukan ketika ini adalah membantu negara dan masyarakat,” ujarnya.

 

Britain sebelum ini berdepan dengan kekurangan kira-kira 100,000 pemandu lori berikutan pandemik Covid-19 dan keadaan itu menjejaskan penghantaran barangan di semua pasar raya di seluruh negara.

 

 

Daily Mail

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Media tempatan melaporkan keadaan bertukar kecoh selepas 'penumpang tidak diundang dan tidak…
Berita Global
Ia juga mempunyai ciri-ciri "stealth" yang tinggi, bermakna ia sukar dikesan radar. Malah dari…