Gajet 'Game Boy' ini mampu buatkan kereta anda 'lesap'!

oleh Mohamad Hanif|
Peranti yang anda lihat dalam artikel ini sekali imbas, memang nampak seperti sebuah alat permainan mudah alih Game Boy yang kita layan suatu ketika dahulu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun usah tertipu kerana ia sebenarnya merupakan sebuah peranti pengklonan kunci yang mampu membawa lari kereta anda dalam tempoh kurang seminit!

Menurut laporan daripada West Yorkshire Police, peranti 'Game Boy' yang bernilai 20,000 GBP (RM113,754) ini sebenarnya digunakan oleh satu sindiket curi kenderaan yang terdiri daripada tiga suspek.

Disebabkan peranti mudah alih itu juga, geng pencuri ini telah berjaya membawa lari kenderaan bernilai 180,000 GBP (RM1,023,789) sebelum mereka berjaya ditahan oleh pihak berkuasa.

Siasatan mendapati mereka juga turut bertanggungjawab terhadap lima lagi kes yang telah dilaporkan di kawasan tersebut, dan antara kenderaan yang menjadi sasaran adalah Mitsubishi Outlander!

 


Modus operandi yang digunakan adalah sama, mereka menggunakan alat ini untuk mengesan gelombang yang dipancarkan oleh key fob dari dalam rumah, dan kemudian meletakkan peranti tersebut berdekatan dengan pemegang pintu kereta sebelum menyahkunci kereta sasaran.

Malah, lampu kecemasan turut menyala seakan-akan kunci sebenar digunakan ketika menyahkunci kenderaan tersebut.

Beberapa saranan telah dikeluarkan bagi mengelakkan kejadian kecurian daripada berlaku, salah satu daripadanya adalah menggunakan beg khas yang dinamakan sebagai Faraday Bag yang mampu menghalang pancaran gelombang kunci daripada diklon oleh pencuri.

Sumber: Motor1