Gagal ujian, pelajar ugut pegawai JPJ guna pisau

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seorang pelajar kolej berusia 18 tahun yang gagal ujian memandu untuk kali ketiga bertindak nekad untuk mengugut pegawai ujian JPJ dengan senjata pisau.

Menurut OCPD Nilai, Supt Mohd Nor Marzukee, pelajar tersebut tersinggung kerana diberitahu oleh pegawai JPJ itu yang beliau gagal kerana melakukan beberapa kesalahan trafik, termasuk melanggar lampu merah.

Pegawai JPJ tersebut meminta saspek memberhentikan kenderaan di tepi jalanraya sebelum lampu isyarat di Batang Benar kerana saspek telah melakukan pelbagai kesalahan trafik.

Saspek tersebut berang dan terus mengeluarkan pisau sepanjang 30 cm dari begnya dan mengacukan senjata itu ke perut pegawai tersebut.

"Saspek kemudian mengugut untuk pegawai itu meluluskan beliau," ujar Mohd Nor.

Insiden tersebut berlaku jam 10.30 pagi tadi.

Pegawai JPJ tersebut terus keluar dari kenderaan dan menelefon polis.

Polis kemudian menahan saspek dan membawanya ke balai polis Mantin untuk disoal-siasat.

Ujian air kencing didapati negatif. 

Saspek yang berasal dari Kuala Lumpur itu akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Jenayah atas kesalahan mengugut. 

Hukuman jika sabit kesalahan ialah penjara selama dua tahun maksimum atau denda atau kedua-duanya sekali.


* Berita asal dari The Star

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia termasuklah dari apa yang kita lakukan di atas jalan raya, di mana kita perlu berkongsi antara…
Berita Domestik
  "Polis Pulau Pinang sebelum ini membuka Kertas Siasatan Tatatertib (KST) ke atas dua anggota…
Berita Domestik
  Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Shafie…