Gagal selenggara kenderaan punca kemalangan - JPJ

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Foto BERNAMA
Kegagalan sesetengah individu atau syarikat untuk memastikan kenderaan perdagangan mereka diselenggara mengikut masa atau jadual yang ditetapkan menjadi antara faktor utama berlakunya kemalangan.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, apabila berlaku kemalangan, pihaknya menjalankan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) ke atas kenderaan terbabit.

"Daripada audit JISA dijalankan, kebanyakan kenderaan itu tidak mematuhi aspek teknikal sepatutnya dibenarkan. Ini mungkin disebabkan kurangnya penyelenggaraan pada kenderaan.

"Tetapi daripada segi pemanduan, kebanyakan pemandu mempunyai skil dan terlatih. Namun ada juga pemandu berdepan pelbagai saman tertunggak dan kesalahan lain termasuk penyalahgunaan dadah," katanya pada sidang media Operasi Khas Kenderaan Perdagangan di Batu 5, Jalan Bangi Lama di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan dan Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan.

Berhubung operasi semalam, Aedy Fadli berkata, ia kelangsungan siri Op Khas Kenderaan Perdagangan di seluruh negara bermula 1 hingga 31 Oktober.

Menurut Datuk Aedy juga, setakat ini sebanyak 8,701 notis saman dikeluarkan sepanjang operasi berkenaan dengan 32,178 kenderaan diperiksa dalam tempoh tiga hari pelaksanaan operasi terbabit. Ia melibatkan 12,282 kenderaan barangan, 1,274 (perkhidmatan awam) dan lain-lain kenderaan (18,622).        

 

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, rekod sejak 2021 itu kebanyakannya dipercayai berpunca akibat pemandu kenderaan…
Berita Domestik
Menurutnya, ketika kejadian, keretanya sedang menuruni lebuh raya dan mengalami ‘tire lock’ (brek…
Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, kejadian dilaporkan…