Gagal penuhi standard bahan api - Arab Saudi larang import kereta dari 16 buah syarikat automotif

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan
Pihak pengurusan pelabuhan Arab Saudi, Saudi General Ports Authority telah mengenakan larangan import terhadap produk daripada 16 buah syarikat automotif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perintah larangan tersebut dibuat memandangkan syarikat tersebut gagal untuk memenuhi syarat terhadap standard bahan api baharu dalam tempoh masa yang ditetapkan, menurut laporan daripada Gulf News.

Larangan tersebut dikeluarkan dalam surat edaran baru-baru ini oleh wakil ketua pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap dasar dan perundangan, berdasarkan Saudi Corporate Average Fuel Efficiency (CAFE) yang digubal pada 1 Januari 2016.

 


Undang-undang tersebut mensyaratkan kesemua kenderaan penumpang baharu dan terpakai, serta trak tugas ringan yang diimport atau dipasang dalam negara perlulah memenuhi standard bahan api baharu. 

Menjelang tahun 2025, kereta baharu perlulah mempunyai tahap penggunaan bahan api sekurang-kurangnya 5.26 liter untuk setiap 100 km berbanding 8.33 liter/100 km yang digunakan pada masa kini. 

Menurut rekod Kastam Arab Saudi, mereka menyaksikan peningkatan angka import pada tahun 2019, dengan jumlah kenderaan 628,135 unit  bernilai kira-kira 8 billion riyal (RM8.78 billion) berbanding 482,948 unit (37 billion riyal) pada tahun 2018.

Namun, pada tahun 2018, kadar import kenderaan menurun kepada 440,992 unit berbanding 554,581 unit pada tahun 2017, di mana angka tersebut merupakan yang terendah dalam tempoh 14 tahun. 

Sumber: Gulf News

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada barisan kereta sports dan supercar, ada juga pihak yang mula menggunakan kereta…
Berita Global
Arahan itu dilakukan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan keselamatan dan…
Berita Global
Elon juga dilaporkan telah berjumpa dengan Perdana Menteri Israel di California semalam. Taikun…