Gagal patuhi SOP - Penganjur sukan permotoran dikompaun RM20,000

oleh SALINA JALIL|
Penganjur sukan permotoran dikompaun RM20,000 tengah malam tadi selepas dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) memastikan penjarakan fizikal pengunjung program diadakannya di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada malam semalam.


Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abdul Rahman, berkata program berkenaan dijalankan di litar berkenaan dengan permit yang dibenarkan sehingga jam 12 tengah malam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau berkata, selepas acara selesai, pihaknya diminta datang untuk menyuraikan peserta yang enggan bersurai.

 

"Selepas polis sampai orang ramai memberikan kerjasama dan bersurai dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

 

"Kita kompaun penganjur kerana gagal mengawal peserta gagal melaksanakan penjarakan fizikal dan pematuhan SOP," katanya ketika dihubungi hari ini.

 

Terdahulu tular di media sosial video anggota polis datang menyuraikan orang ramai di litar berkenaan.

 

 

Sementara itu, penganjur program berkenaan, MUSC Motorsports, dalam satu kenyataan awal hari ini mengesahkan foto kompaun yang juga tular melalui media sosial, susulan kegagalan mereka melaksanakan berkenaan dalam ketetapan norma baharu.

 

Kenyataan yang dikeluarkan Admin Team pada akaun penganjur itu, berkata matlamat utama penganjuran sukan paling diminati ramai itu, walaupun berdepan dengan risiko besar pematuhan penganjuran acara dalam norma baharu, untuk membantu merancakkan kembali sektor automotif negara yang cukup terkesan sejak bermulanya wabak COVID-19.

 

"Kegagalan kami mengawal penjarakan sosial mengakibatkan beberapa kali acara ini terhenti sehingga akhirnya kami terpaksa akur dikenakan kompaun.

 

"Justeru, kami memohon maaf kepada semua pihak yang terbabit tanpa kami menyalahkan mana-mana pihak sama ada agensi penguat kuasa, penyedia litar iaitu SIC, rakan-rakan program, pasukan drag, pengunjung dan semua pengikut akaun Musc Drag Racing.

 

Berdasarkan iklan penganjuran yang dimuat naik dalam akaun Facebook sama, penganjur dilihat turut menasihati pengunjung mematuhi SOP ditetapkan dengan tidak membenarkan mereka membawa kanak-kanak berusia kurang 12 tahun atau warga emas selain meminta pengunjung memakai pelitup muka serta mengekalkan penjarakan sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Pihak JSPT akan siasat kejadian yang berlaku dan daripada segi pematuhan kepada prosedur operasi…
Berita Domestik
"Jadi, apa-apa prosedur yang tidak terpakai dan relevan pada EV ini kita perlu buat perubahan. Ini…
Berita Domestik
  Beliau berkata sejak 1 Okt hingga kini pihaknya telah melakukan pemeriksaan terhadap 8,838 orang…