Gagal daftar lesen PSV, kadar tambang mungkin naik - Penyedia aplikasi e-hailing

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Para penyedia perkhidmatan seru-pandu (e-hailing) memberikan amaran kenaikan tambang sekiranya pemandu-pemandu yang berkhidmat di bawah mereka gagal mematuhi peraturan untuk mendapatkan lesen PSV masing-masing. 

Menurut Mohd Faizul Ezmin, wakil daripada syarikat Dacsee berkata, bilangan pemandu yang tidak mencukupi ketika waktu puncak hanya akan menyebabkan kenaikan tambang yang sangat ketara.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila kenaikan tambang ini diiringi dengan masa menunggu yang semakin lama akibat ketiadaan pemandu untuk memenuhi tempahan yang tinggi. 

Tambah Faizul lagi, terdapat kira-kira 200,000 orang pemandu aplikasi seru-pandu di seluruh negara dan berkemungkinan besar masa yang diberikan tidak mencukupi sebelum Julai ini.

"Bilangan tenaga pengajar juga tidak mencukupi bagi melatih pemandu dengan modul baharu," jelas beliau. 
 


Rabu lalu, Ketua Pengarah JPJ Datuk Shaharuddin Khalid memberitahu NST bahawa terdapat 30 hingga 35 syarikat seru-pandu yang berdaftar di Malaysia.

Empat daripadanya telah diberikan kuasa untuk menguruskan kemudahan latihan PSV tersendiri, termasuklah Grab dan Dacsee.

Menurut Shaharudin lagi, modul PSV baharu untuk pemandu seru-pandu akan mula didapati di mana-mana 221 pusat memandu dan pusat e-hailing yang telah diiktiraf di seluruh negara.

Seorang lagi wakil daripada penyedia khidmat seru-pandu mempersoalkan ketersediaan dan jangkauan modul PSV tersebut.

Menurut beliau, menteri (Anthony Loke) mengumumkan keperluan para pemandu perkhidmatan seru-pandu untuk mendapatkan lesen PSV sebelum Julai, namun modul tersebut hanya dilancarkan pada 1 April dan proses permohonan juga masih tidak jelas. 

"Syarikat seru-pandu dan pemandu yang bernaung di bawahnya kini hanya mempunyai masa tiga bulan untuk menyelesaikan segala-galanya. Saya mendesak agar tempoh tersebut dipanjangkan," tambahnya lagi.
 


Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan peraturan baharu bagi mengawal selia para pemandu aplikasi seru-pandu Julai tahun lalu. 

Ini termasuklah mewajibkan mereka mendapatkan lesen PSV, menghantar kenderaan untuk diperiksa di Puspakom, serta pemeriksaan latar belakang jenayah dan perubatan. 

Kenderaan juga perlulah mempunyai penarafan Asean ANCAP minimum tiga bintang (kebanyakan kereta tempatan mempunyai skor empat bintang dan ke atas) manakala kereta yang berusia tiga tahun haruslah diperiksa di Puspakom dengan bayaran RM55.

Sumber: NST

Berita Berkenaan

Informasi
“Kenaikan surcaj 10 peratus bukan suatu perkara yang baharu, namun telah dilaksana sejak 20 tahun…
Berita Domestik
Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail, berkata bas…
Berita Domestik
"Susulan pendaftaran SST dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, kami akan mula mengenakan SST pada…