Gagal audit, Sijil Perakuan GIAAN Flying Academy tidak diperbaharui - CAAM

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan Sijil Perakuan (COA) GIAAN Flying Academy Sdn Bhd (GFA) yang tamat esok tidak akan diperbaharui.
JAECOO Q4 MREC Banner Campaign November Starting: 3rd Nov

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud, berkata ia disebabkan ketidakmampuan akademi latihan penerbangan itu menangani hasil dapatan beberapa siri audit yang telah dilaksanakan oleh CAAM selaras dengan peruntukan di bawah peraturan 189, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

"Berikutan itu, GFA tidak lagi diperakukan untuk beroperasi sebagai Organisasi Latihan Diluluskan (ATO) dan tidak boleh melaksanakan sebarang kursus latihan yang disenaraikan di bawah spesifikasi latihan COA," katanya dalam kenyataan hari ini.

Keputusan itu Ianya susulan ketidakmampuan GFA menangani hasil dapatan audit pembaharuan yang dilaksanakan CAAM pada Disember 2023 berkaitan pematuhan ATO dan isu keselamatan, Oleh itu GFA telah digantung sementara selama 90 hari bermula 29 Disember 2023 hingga 28 Mac 2024.

Norazman berkata selepas tamat tempoh penggantungan itu, GFA diberi peluang untuk menangani hasil dapatan audit dengan bersyarat selama enam bulan bermula 29 Mac 2024.

"Walau bagaimanapun, GFA masih gagal membetulkan kesemua dapatan audit berkenaan semasa proses audit pembaharuan sijil yang dilaksanakan pada Julai 2024 dan seterusnya menjejaskan pematuhan GFA terhadap keperluan yang ditentukan dalam Civil Aviation Directive (CAD) 1011-ATO," katanya.

Justeru, Norazman berkata CAAM mengambil keputusan untuk tidak memperbaharui Sijil Perakuan GFA yang berakhir esok.

Beliau berkata CAAM sebagai badan kawal selia teknikal bagi industri penerbangan di Malaysia komited dalam memastikan hanya syarikat pengendali yang mematuhi segala peraturan dibenarkan untuk beroperasi.

 

Sumber: Bernama

 

Berita Berkenaan

Informasi
Menurut kenyataan CAAM hari ini, penutupan itu penting bagi memastikan keselamatan orang awam serta…
Berita Domestik
"CAAM dan Mavcom dirasionalisasikan… semua fungsi kawal selia industri penerbangan termasuk aspek…
Informasi
"Larangan ini juga bertujuan untuk mengelak risiko kemalangan terhadap pesawat Tentera Udara Diraja…