Gaduh angkara bunyi ekzos motosikal, 24 lelaki ditahan

oleh Penyumbang Rencana|
Polis menahan 24 lelaki selepas dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah stesen minyak di Bagan Ajam di Bukit Mertajam, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, dalam insiden tersebut, seorang remaja lelaki dipukul sekumpulan individu sehingga menyebabkan kecederaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

“Hasil siasatan mendapati punca pergaduhan disebabkan mangsa melakukan provokasi dengan membunyikan ekzos motosikal. Tindakan mangsa itu menghasilkan bunyi bising dan pada masa sama satu upacara keagamaan sedang berlangsung di kawasan itu.

“Kesemua suspek termasuk mangsa yang berusia antara 16 sehingga 24 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan salah seorang daripadanya didapati memiliki dua rekod kesalahan lampau,” katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 147 kerana merusuh.

Sementara itu, Mohd Asri meminta kerjasama orang ramai untuk membantu menyalurkan maklumat berhubung kejadian terbabit.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat diminta tampil ke IPD SPU atau balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd. Nazri Wan Chik di talian 014-3190131 membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 15 saat di laman sosial yang memaparkan insiden pergaduhan membabitkan sekumpulan individu.

 

Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Global
Porsche kini menawarkan produk baharu 911 Soundbar 2.0 Pro, di mana ia menampilkan komponen ekzos…
Berita Domestik
Menurut laporan daripada Bernama, Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh…
Berita Global
Menurut laporan daripada Jalopnik, mereka mendapati terdapat perbezaan  bunyi bising yang…