Gadis 16 tahun pecah rekod pemandu slalom terpantas di dunia

oleh Mohamad Hanif|
Sorang pemandu wanita muda telah berjaya memecahkan rekod baharu di dalam kategori kenderaan terpantas melakukan slalom dengan menggunakan sebuah Porsche 718 Boxster Spyder baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rekod tersebut berjaya dipecahkan oleh Chloe Chambers, berusia 16 tahun di mana beliau perlu melengkapkan beberapa siri cabaran yang telah ditetapkan dengan menggunakan sebuah Porsche 718 standard sepenuhnya. 

Dalam ujian tersebut, Chambers berjaya melepasi halangan sebanyak 51 buah kon yang disusun dengan jarak antara kon sejauh 15.4 meter selama 47.45 saat. 

 


Menurut Chambers, ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk melepasi kesemua 50 kon sepantas yang mungkin, dan tekanan yang dihadapi lebih terasa bila mana beliau perlu untuk mengelakkan sebarang sentuhan walau satu kon sekalipun. 

Porsche 718 Boxster Spyder yang dipandu oleh Chambers didatangkan dengan nadi 4.0 liter aspirasi natural menghasilkan 414 kuasa kuda dan 420 Nm daya kilas, dengan sistem transmisi standard manual enam kelajuan dan pecutan 0-100 km/j hanya mengambil masa kira-kira 4.4 saat. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Suzuki Jimny mungkin salah satu daripada kenderaan off-road yang paling popular diperkatakan masa…