GAC lancar MPV mewah generasi kedua M8, gril macam Lexus

oleh Mohamad Hanif|
Jika di negara kita terdapat pilihan MPV saiz besar dan mewah seperti Toyota Alphard/Vellfire dan Kia Carnival, di China terdapat sebuah model yang serupa dibawah nama GAC M8.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Lebih dikenali sebagai Trumpchi GM8 sebelum ini, ia merupakan sebuah MPV tujuh tempat duduk saiz penuh yang dihasilkan untuk melawan pesaing seperti Buick GL8, dan merupakan model GAC yang paling besar pernah dihasilkan.

Generasi kedua diringkaskan namanya menjadi M8, diperkenalkan selepas beberapa bulan GAC memperlihatkan konsep minivan New Space, dengan rupa paras yang jauh lebih moden dan mewah.
 

M8


Ia membawakan ukuran sepanjang 5,212 mm, lebar 1,893 mm, tinggi 1,823 mm dengan jarak antara roda sepanjang 3,070 mm.

Jika anda perasan, reka bentuk gril depan yang digelar sebagai Soaring Wings 2.0 ini membawakan sedikit persamaan dengan rekaan gril Spindle Lexus.

Sementara unit lampu depan dengan lampu nyalaan siang DRL LED itu pula mengingatkan kita kepada 'taring' Peugeot moden, sebelum bahagian tersebut dikemaskan dengan komponen skirt bagi penampilan yang lebih sporti.
 

M8


Profil sisi pula membawakan rekaan tingkap yang besar, rim berdiameter kecil, pintu gelangsar, serta panel badan yang lebih berlekuk.

Rekaan belakang pula mengikut tema taring yang dibawakan pada bahagian hadapan, skirt krom dan diakhiri dengan spoiler bumbung.

Untuk ruang kabin, M8 menawarkan sehingga dua tema untuk disesuaikan, yang pertama merupakan kombinasi warna putih dan hitam yang biasa dilihat, manakala satu lagi tema digelar sebagai Royal Opera.
 

M8


Tema Royal Opera ini menggandingkan warna merah, emas dan putih yang kemudian disudahkan dengan balutan kulit semi-aniline hitam pada bahagian tempat duduk dan panel sisi.

Dari segi kelengkapan, GAC M8 ini hadir dengan skrin kluster digital 12.3 inci, skrin infotainmen tengah 14.6 inci, konfigurasi tujuh tempat duduk atau empat tempat duduk pada varian yang lebih mewah, rekaan tombol gear bercahaya serta sistem pencahayaan ambien berwarna.
 

M8


Sama seperti model terdahulu, GAC M8 ini bakal ditawarkan dalam varian petrol, hibrid serta plug-in hybrid.

Versi petrol dikuasakan oleh enjin 2.0 liter turbo yang mampu menjana 251 hp dan 380 Nm, manakal versi hibrid pula menggunakan trenkuasa 2.0 liter turbo 190 hp yang dihasilkan oleh Guangzhou Qisheng Powertrain Co. Ltd yang menggandingkan sistem hibrid generasi keempat THS II daripada Toyota.

Pilihan kotak gear adalah jenis CVT dan automatik lapan nisbah kelajuan.
 

M8


Sebagai makluman, generasi pertama MPV mewah ini merupakan salah satu daripada model yang paling laris di dalam segmennya, dengan lebih daripada 200,000 unit telah terjual di pasaran China.

Generasi baharu ini akan mula didapati di pasaran tersebut pada November ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kuantiti kenderaan elektrik (EV) buatan China semakin meningkat apabila pembuat kereta dan pengedar…
Berita Global
Ia kerana insentif dan stesen pengecasan yang meluas telah mempengaruhi lebih ramai pelanggan,…
Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…