Gabungan Renault, Nissan & Mitsubishi jual 5.5 juta kenderaan 6 bulan pertama '18

oleh Muhammad Md Tajudin|
Pengeluar manakah yang berjaya menjual paling banyak kereta tahun ini? Kumpulan Volkswagen atau Toyota Motor Corporation?

Dua-dua pun belum tentu. Sudah beberapa tahun kedudukan 1-2 dipegang oleh Kumpulan VW dan Toyota dan nampaknya ada satu gabungan baharu yang mungkin berjaya memecahkan dominasi tersebut.

Gabungan Renault-Nissan-Mitsubishi (Alliance) berjaya menjual sejumlah 5,538,530 kenderaan dari 1 Januari hingga 30 Jun tahun ini.

Jumlah itu menyaksikan 5.3 peratus peningkatan berbanding tahun lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Renault

 

Peningkatan jualan Alliance dilihat menyeluruh dalam pelbagai segmen daripada crossover, SUV, pikap sehinggalah kenderaan mesra alam seperti elektrik dan hibrid-elektrik.

Peningkatan jualan juga disumbang oleh beberapa model utama seperti Renault Clio, Captur dan Scenic. Nissan pula laris dengan Note, Serena, X-Trail dan Qashqai manakala Mitsubishi pula disumbangkan oleh jualan Eclipse Cross dan Xpander.

Jualan kenderaan mesra alam juga baik sebagai contoh Kangoo Z.E memegang 38 peratus pasaran kenderaan komersil (LCV).

 

Mitsubishi Xpander

 

Nissan LEAF pula mencatat jualan global sebanyak 47,000 dalam enam bulan tahun ini dan merupakan EV terlaris di Eropah dalam tempoh sama melalui jualan sebanyak 18,000 unit.

Mitsubishi pula menerajui segmen SUV PHEV melalui model hibrid-elektrik Outlander.

Jika dihitung secara nisbah, satu daripada sepuluh jualan kereta global adalah daripada Alliance dalam enam bulan pertama tahun ini.

Berikut ialah pencapaian ahli Alliance setakat Jun 2018:

Groupe Renault - Mencatat jualan sebanyak 2.1 juta unit melalui dua jenama iaitu Renault dan Dacia. Di Eropah, Renault adalah jenama kedua terlaris dengan Captur berada di kedudukan nombor satu dalam segmennya.

Nissan Motor Co. Ltd. - Mencatat jualan sebanyak 2.8 juta unit melalui tiga jenama iaitu Nissan, INFINITI dan Datsun di serata dunia. Di China, jualan yang dicapat berkembang sebanyak 10.8 peratus.

Mitsubishi Motors - Jualan global sebanyak 616,648 unit. Model baharu Eclipse Cross kini ditawarkan di lebih 60 buah negara. Eksport model MPV popular iaitu Xpander telah bermula April lepas dari Indonesia ke Filipina.

Nissan LEAF

Peningkatan jualan juga disumbangkan oleh permintaan yang kuat untuk pikap di Thailand manakala di China pula dibantu oleh populariti Outlander.

Untuk masa perancangan masa depan, Alliance mempunyai sasaran yang besar. Di bawah perancangan enam tahun, Alliance mahu menjual lebih dari 14 juta kenderaan menjelang tahun 2022.

Jumlah itu adalah peningkatan 30 peratus daripada 10.6 juta unit yang dicapai pada tahun 2017.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan terkini daripada Reuters, Nissan hanya akan membuat keputusan untuk meneruskan atau…
Berita Global
Bertempat di Yokohama, Jepun, Renault, Nissan dan Mitsubishi telah mengadakan mesyuarat Alliance…
Berita Global
AOB yang mengadakan mesyuarat secara bulanan adalah badan tunggal yang mengawasi operasi dan…