Gabungan Persatuan Syarikat Teksi harap nasib pemandu teksi terbela sepanjang tempoh PKP

oleh Mohamad Hanif|
Gabungan Persatuan dan Syarikat-syarikat Teksi Semenanjung Malaysia (GPST) yang mewakili lebih 100 syarikat teksi di seluruh negara mendesak kerajaan supaya tidak mengabaikan kesejahteraan para pemandu teksi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Semenjak pelaksanaan Perintah kawalan Pergerakan akibat COVID-19, industri teksi mencatatkan kejatuhan sumber kewangan mencecah sehingga 90 peratus pada bulan Mac. 

Justeru itu, pihak GPST cuba hadir dengan tiga penyelesaian kewangan yang mungkin dapat membantu meringankan beban para pemandu teksi yang tertakluk kepada syarat kontrak seperti:

  • tiada sewa dikenakan
  • menunda bayaran sewa
  • mengenakan diskaun bayaran sewa

Setiap pemandu teksi digesa supaya berjumpa dan berbincang dengan syarikat masing-masing untuk menentukan pilihan yang terbaik di sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Malah, GPST turut menegaskan tiada sebarang pemungutan semula teksi akan dilakukan dalam tempoh yang sama, selain menggesa pemandu yang bukan ahli GPST supaya mengambil langkah yang disebutkan di atas.

Selain daripada itu, GPST turut memohon bantuan kerajaan untuk mempertimbangkan cadangan berikut:

  • sifar cukai atau cukai minimum dikenakan kepada syarikat teksi untuk baki tahun ini kerana ia bakal mengambil masa lebih daripada enam bulan untuk kembali pulih seperti sedia kala
  • bantuan tambahan RM600 daripada PERKESO ke atas bantuan one-off RM600 sedia ada
  • memperluaskan bantuan dan faedah SME yang ditawarkan oleh kerajaan bagi syarikat-syarikat teksi yang tidak dikategorikan sebagai SME

Apa yang lebih menyedihkan apabila sesetengah syarikat teksi tidak mampu untuk terus beroperasi sekiranya situasi ini berterusan untuk tempoh lebih daripada dua bulan. 

Dengan kejatuhan mendadak sehingga 90 peratus daripada sumber pendapatan pada bulan Mac 2020, pihak GPST mengganggarkan nilai pendapatan yang minimum atau sifar untuk beberapa bulan akan datang selepas April 2020.