Gabungan Kelab Kereta Raikan Sahur Bersama Anggota Keselamatan Di Sungai Petani

oleh Arahman Crew|
Ahli-ahli kelab kereta dibawah naungan Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKnK)
Ahli-ahli kelab kereta dibawah naungan Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKnK)
Program Konvoi Amal Jelajah Sahur Tahun ke 7 Edisi 9 telah diadakan di sekitar Sungai Petani. Program anjuran Gabungan Kelab-kelab Kereta Negeri Kedah (GKKnK) dengan kerjasama NGO Pembela, JPJ Negeri Kedah, Jabatan Penerangan Kuala Muda dan Pejabat Belia Daerah Kuala Muda ini diadakan pada setiap tahun bagi memberi makanan bersahur kepada beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang bertugas pada lewat malam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Program amal ini berojektif merapatkan hubungan ahli-ahli kelab kereta dengan angota keselamatan dan sebagai penghargaan kepada mereka yang menjaga keselamatan dan keamanan negara kita tercinta.

pelepasan dibuat di Kompleks Jeti Semeling
Pelepasan dibuat oleh  Tuan Ismasuhaimi bin Shariff Pengarah JPJ Negeri Kedah di Kompleks Jeti Semeling

Antara tempat yang dikunjungin ialah, Balai Polis, Balai Bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Penjara Sungai Petani, Hospital lama dan stesen teksi Sungai Petani. Program Jelajah Sahur ini melibatkan konvoi kereta yang terdiri daripada 30 kelab dari pelbagai jenis kereta.

Sumbangan Juadah Sahur dari saudara Said Mohd Hafiz mewakili Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah kepada En Shafaren dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sg Petani.

Turut hadir memberi sumbangan makanan bersahur, Tuan Ismasuhaimi bin Shariff Pengarah JPJ Negeri Kedah, Tuan Mohd Jalil bin Md Lazim Ketua Seksyen Penguatkuasa JPJ Negeri Kedah, Puan Shamiza Saad Ketua Cawangan Sungai petani, En Sukri Kamis Pengerusi NGO Pembela, En Arahman Ahmad Pengasas Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKnK),  Pegawai Penerangan Kuala Muda, Pegawai Belia Sukan Kuala Muda, NGO HAKeM dan ahli-ahli kelab kereta dari Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah.

Mohd Khairil Rizal Bin Abd Rahim menyerahkan juadah sahur kepada anggota APM
Shima Ismail menyerahkan juadah sahur kepada petugas di Unit Kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim

Antara kelab kereta yang mengambil bahagian dalam Konvoi Amal Jelajah Sahur 2019:

WNCC - Wira Northern Car Club
MAXOC - My Axia Owner Club
PROSANK - Proton Saga Negeri Kedah
WACM - Wira Aeroback Club Malaysia
FLOC - Saga FL Owner Club
DASCO - Darul Aman Satria Community
AROCM - Alfa Romeo Owners Club
PPOC - Proton Persona Owner Club
PWC - Proton Wira Club
WMC - Waja Malaysia Club
Saga Tegarian 
Nissan Sunny Owner Club
KPC - Kedah Preve Crew
PPEOC - Proton Persona Elegan Owners Club
WOCM - Wira Owner Club Malaysia 
SSHOG - Serena S-Hybrid Owner Group
dan banyak lagi.

Taklimat konvoi oleh Arahman Ahmad (GKKnK)

Jutaan terima kasih kepada penaja Konvoi Amal Jelajah sahur 2019

  • Kikie Lala Motorsports
  • Kelab Pemilik Axia Malaysia (Maxoc)
  • AIMZZ & Associates Sdn. Bhd.
  • Himpunan Anak Kedah (HAKeM)
  • Nanostix
  • TIA Auto
  • Hanturbo
  • Motorminder
  • Muscle Construct Gym
  • Sua Rasa
  • Raheym Reka
  • Amin Akmal Graphic Design
  • Zero 8000
  • Northern Versys Owner Group (NVOG) 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kelab yang suatu ketika dahulu pernah dinobatkan sebagai kelab BMW Motorrad terbaik dunia dalam…
Berita Domestik
Namun, tindakan sesetengah mereka yang tidak bertanggungjawab ketika berada di lokasi tersebut…
Berita Domestik
Menurut salah seorang dari ahli komiti GSOM, Nasir Bali, program-program ini mendapat sambutan yang…