Gabungan FCA dan PSA mungkin terpaksa bunuh beberapa jenama

oleh HEZERI SAMSURI|
Penggabungan PSA Group dan Fiat Chrysler Automobiles (FCA) yang menjadikan ia pengeluar kenderaan keempat terbesar dunia mungkin akan membunuh beberapa jenama mereka.

Ini disuarakan oleh beberapa orang penganalisa industri di barat dan saya sendiri terpaksa bersetuju walaupun CEO gabungan itu, Carlos Tavares berkata tidak akan ada jenama yang bakal dibunuh (temuramah dengan media pada bulan November lalu).

MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Namun begitu, jika kita lihat poin-poin ini, tidak dapat disangkal gabungan PSA dan FCA akan hanya menyusahkan diri jika masih berdegil dengan menyimpan jenama-jenama lemah.

  • Dengan 14 jenama di bawah payung baharu ini, gabungan PSA dan FCA akan menghasilkan 8.7 juta kenderaan dalam setahun.
  • Jumlah itu bunyinya besar tetapi tidak jika kita masukan syarikat-syarikat lain di dalam perbandingan tersebut.
  • Volkswagen Group ialah jenama nombor satu dunia dengan lebih dari 10 juta kenderaan terhasil setiap tahun dan ia cuma mempunyai 10 jenama kenderaan di seluruh dunia, termasuk dua jenama baharu untuk China. Sihao dan Jetta.
  • Pakatan Renault Nissan Mitsubishi di tempat kedua pula hanya mempunyai EMPAT jenama untuk dijual di seluruh dunia - Renault, Nissan, Mitsubishi dan Infiniti. Ia ada jenama-jenama khsusus untuk pasaran kecil seperti Alpine, Dacia, Datsun, Lada, Renault Samsung dan Venucia. Tetapi jika itu dicampurkan, ia tetap hanya ada 10 jenama.
  • Ditempat ketiga, Toyota cuma mempunyai Toyota, Hino dan Lexus sebagai jenama global dengan jenama-jenama kawasan kecil seperti Daihatsu dan Perodua. 


 

 

Sekarang cuba kita bandingkan dengan jenama-jenama pakatan PSA dan FCA dan kita sendiri boleh lihat "masalahnya".

Abarth - Khusus untuk varian prestasi tinggi Fiat.

Alfa Romeo - jenama paling romantik dan mempunyai penyokong tegar. Sayangnya pencinta Alfa Romeo sendiri tidak mampu menyangkal jenama ini sudah merugikan selama hampir 20 tahun. Mungkin jika peminatnya berhenti membeli Alfa terpakai sahaja, jenama ini akan jadi lebih kuat.

Citroen - tidak dapat disangkal jenama ini ialah antara poin terlemah dalam kumpulan PSA

Chrysler - Semakin pudar di buminya sendiri, US. FCA tidak ada langsung menyebut pelan perancangan jenama ini untuk lima tahun akan datang.

DS Automobiles - Walaupun dikatakan jenama ini menguntungkan, namun DS Automobiles hanya menjual sebanyak 53,300 unit dalam tahun 2018, di seluruh dunia. 

Dodge - Jualan model Charger meningkat tetapi tidak ada model baharu diperkatakan bagi jenama ini.

Fiat - Jenama kedua terkuat selepas Peugeot untuk perkahwinan PSA dan FCA, Fiat menjual sebanyak 1.38 juta kenderaan tahun lalu. Fiat keluar dari China dan semakin malap di US. Jualan tahun lalu merudum sebanyak 8.5 peratus dan ia dikatakan tidak serius dalam projek EV.

Jeep - Jenama yang musnah teruk ketika ia muncul di Malaysia di bawah DRB-Hicom, jualan Jeep secara global sebenarnya meningkat sebanyak 11 peratus tahun lalu kepada 1.55 juta unit. Model-model terbaharu Jeep yang lebih kecil dan menjimatkan bakal menjadikan ia lebih menarik.

Lancia - Jenama mewah dengan banyak konsep-konsep canggih tetapi realitinya, Lancia hanya ada satu model sahaja untuk dijual, Ypsilon. Tahun lalu, ia menjual sebanyak 48,557 unit sahaja di Itali, pasaran tunggal Lancia. Cara menyebut jenama ini sebenarnya ialah Lan-Chee-Ya, bukan Lan-See-Ya.

Mserati - Jenama paling premium untuk gabungan PSA dan FCA (Ferrari tidak termasuk di bawah gabungan ini) mengalami penurunan penjualan untuk tahun 2018 sebanyak 28 peratus. Tahun ini juga melihat jualan semakin malap di China dan di US tetapi mungkin ada sinar baharu dengan tujuh model baharu yang bakal dilancarkan antara 2020 dan 2023, termasuk sebuah EV. Di Malaysia, Maserati sebenarnya bersinar dengan jualan SUV Levante.

Opel - Dibeli oleh PSA dari GM pada tahun 2017, Opel kini ialah sebuah jenama yang menguntungkan (satu tamparan hebat kepada GM yang mengatakan jenama Opel selalu rugi).

Peugeot - Sebanyak 1.74 unit kenderaan terjual dalam tahun 2018 dan ia mempunyai barisan-barisan model baharu termasuk varian elektrik (EV). 

Ram - Jenama ini khusus untuk trak pikap, menggantikan semua model-model trak pikap Dodge. Jenama ini melihat peningkatan yang menarik dari tahun 2018.

Vauxhall - Adik versi British kepada jenama Opel, dan ia mungkin menjadi lebih menarik selepas kejadian Brexit.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana menurut laporan daripada Autocar, bekas bos Volkswagen Ferdinand Piëch telah pun lama…
Berita Global
Nama tersebut diinspirasikan daripada perkataan Latin 'stello' yang membawa maksud "untuk menyinari…
Berita Global
Rancangan Kumpulan PSA (Peugeot, Citroen, DS, Opel dan Vauxhall) untuk memulakan operasi kilang-…