Gabenor New York haramkan skuter dan basikal elektrik

oleh HEZERI SAMSURI|
Andrew Cuomo menggunakan kuasa veto miliknya untuk mengharamkan penggunaan basikal atau skuter elektrik di bandaraya New York.

Alasan yang digunakan oleh beliau ialah atas dasar keselamatan pengguna.

"Skuter dan basikal elektrik ini boleh memecut tanpa perlu dikayuh, bermakna ia tidak ada bezanya dengan kapchai (moped). Jadi ia perlu menggunakan topi keledar!" ujar beliau.

Walaupun bandaraya Paris dan Santa Monica (di California) sudahpun membenarkan e-skuter dan e-basikal, bandaraya New York masih tidak mahu membenarkan penggunaannya.

New York bukanlah satu-satunya bandaraya yang mengharamkan penggunaan kedua-dua mod pengangkutan itu. 

Bandaraya lain ialah Hollywood Barat, Winston-Salem dan Asheville.

Alasan yang diberikan lebih mengutamakan keselamatan pengguna kerana kenderaan-kenderaan elektrik tersebut tidak ada halangan untuk mereka yang tidak terlatih bagi menggunakannya, dan juga tiada batasan untuk tidak membenarkan mereka di bawah usia 18 tahun dari menyewanya.

Di samping itu, pengguna yang mengcampakkan sahaja e-skuter dan e-basikal itu juga tidak dikenakan sebarang hukuman kerana sukar dikesan. 

Ramai juga pengguna yang meninggalkan kenderaan-kenderaan itu di kawasan laluan kerusi roda untuk OKU, dan ia sukar dikawal.

Malaysia dan Singapura juga mengalami masalah yang sama dengan basikal sewa. Basikal-basikal itu boleh dilihat ditinggalkan di mana-mana sahaja dan menyemakkan pemandangan.

Berita Berkenaan

Informasi
  "Bagaimanapun, bermula 6 Ogos, KTM Komuter membenarkan semua jenis basikal untuk dibawa menaiki…
Berita Domestik
Tertuduh, Munirah [email protected], 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan…
Berita Domestik
Menurut artikel dari Malaysiakini, basikal juga sebenarnya termaktub dengan undang-undang menurut…