Gabenor larang kenderaan lebih 10 tahun dari masuk ibukota Jakarta bermula 2025

oleh HEZERI SAMSURI|
Gabenor DKI (Daerah Khusus Ibukota) Jakarta, Anies Baswedan telah mengarahkan undang-undang melarang kenderaan peribadi berusia lebih dari 10 tahun dari digunakan di bandaraya tersebut.

Menurut beliau, penggunaan kenderaan adalah antara punca utama kualiti udara di Jakarta merosot dan semakin tenat.

Hanya kenderaan yang dibeli pada tahun 2015 ke atas sahaja yang akan dibenarkan dipandu di kawasan Jakarta sekiranya rang undang-undang itu diluluskan dan program bermula pada tahun 2025.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laman web berita Indonesia, Kompas.com, ada hampir 8.7 juta kenderaan termasuk motosikal yang tidak akan dibenarkan beroperasi di Jakarta.

Seperti yang dijangka, ramai yang membangkang idea tersebut.

Tulus Abadi, Ketua Yayasan Lembaga Konsumer Indonesia tindakan itu adalah satu kesilapan kerana ia hanya akan meningkatkan penjualan kenderaan.

Beliau menerima alasan untuk membaiki mutu udara di Jakarta tetapi membataskan penggunaan kenderaan berusia 10 tahun ke bawah sahaja adalah tidak relevan.

"Ia hanya akan menguntungkan industri automotif kerana secara automatik, pengguna akan membeli kenderaan baharu," tegasnya.

Beliau juga menyokong tindakan menyekat kenderaan masuk ke kawasan utama Indonesia berdasarkan nombor plet ganjil atau genap.

"Ganjil genap masih masuk akal," kata Tulus.

Beliau percaya kenderaan lama tidak semestinya mengotorkan udara dan kenderaan baharu belum tentu lagi bersih (ini salah sebenarnya - admin).

Tulus mencadangkan gabenor Jakarta untuk menggunakan kawalan mutu bahan api agar menjamin kadar pelepasan asap dikurangkan.

Malaysia juga sudah beberapa kali mahu mewujudkan akta End Of Life atau polisi kereta lama di mana kenderaan lama akan diminta untuk melalui ujian pencemaran dan juga keselamatan dalam usaha untuk mengawal jumlah kenderaan yang semakin bertambah.

Jumlah kenderaan yang terlalu banyak memang akan menyebabkan kualiti udara yang teruk. Ini sudah dibuktikan beratus kali dan ia juga adalah antara sebab utama kenderaan elektrik disarankan untuk menggantikan kenderaan-kenderaan lama.

Sayang sekali kerana ramai di Malaysia yang tidak faham kerana memilih untuk tidak membaca isu berkaitan dan hanya gemar membuat teori sendiri berdasarkan tajuk dan khabar angin.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Aion akan berkolaborasi dengan Indomobil Group yang berpengkalan di Jakarta untuk memasang EV di…
Berita Global
Budi Karya berkata, kemudahan proving ground tersebut akan dibina di Pusat Ujian Kelayakan Jalan…
Berita Global
Timbalan Penyelaras Infrastruktur dan Pengangkutan di Kementerian Koordinator Hal Ehwal Maritim dan…