G-SHOCK x Dominate DW-5600P - kolaborasi Casio dan jenama pakaian Indonesia, Dominate!

oleh Mohamad Hanif|
Penawaran jam tangan terbaharu G-Shock ini merupakan kolaborasi dua jenama di antara pengeluar jam tangan terkemuka Jepun, Casio serta jenama pakaian dari Indonesia, Dominate.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024


Jam tangan G-SHOCK x Dominate DW-5600P ini diperbuat daripada bahan resin hitam serta tali jam tangan berwarna hitam yang memperlihatkan tulisan 'BRIGADE' dan 'DOMINATE' dalam warna jingga.

 


Sebanyak 200 unit jam tangan DW-5600P dihasilkan, di mana 100 unit terawal dijual kepada individu pemengaruh media sosial manakala selebihnya akan mula dijual menerusi laman web Dominate dan Atmos.

Walaupun memiliki tanda harga sekitar Rp 2,499,000 (RM703), jam tangan ini habis terjual dalam masa satu jam sahaja.

 


Ini merupakan kolaborasi kedua G-SHOCK bersama jenama Indonesia, di mana kali pertama jenama Jepun itu berganding dengan artis mural Darbotz pada tahun 2018.

Sumber: Jakarta Post

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Jam G-D001 ini dihasilkan menggunakan rekabentuk generatif hasil teknik rekabentuk bantuan komputer…
Gaya Hidup
Ia membawakan penampilan ikonik G-SHOCK serba hitam diikuti logo TITAN 22, frasa "For Love of The…
Gaya Hidup
Jam tangan G-SHOCK x BAPE 30th Anniversary Special Model (GM-6900BAPE-1) ini menggunakan asas GM-…