G-Shock Transformers - gabungan ulangtahun ke-35

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Dua nama kuat Jepun, Casio G-Shock dan karektor kartun robot nombor satu dunia, Transformers bakal menyambut ulang-tahun ke-35 mereka tahun hadapan.

Sempena itu, Casio melancarkan G-Shock DW-6900TF-Set yang mengandungi sebuah jam G-Shock DW-6900TF-4 dan figura ketua Autobots, Optimus Prime boleh-ubah.

 

Untuk set itu, jam G-Shock tersebut akan bergabung dengan bahagian dada Optimus Prime sementara logo Autobot akan terpapar di skrin bila lampu EL jam itu diaktifkan.

Figura itu boleh diubah menjadi robot Optimus Prime atau berubah menjadi Pedestal Prime Mode - tempat letak jam G-Shock itu.

Careta pasti ramai kaki G-Shock sudah tidak sabar untuk membeli model ulangtahun itu. 

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Casio G-SHOCK GMA-P2100W merupakan tambahan baharu kepada barisan kompak G-SHOCK GMA-P2100 yang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…