G-Shock lancar jam pertamanya lengkap dengan pengesan nadi

oleh HEZERI SAMSURI|
Keputusan G-Shock untuk bersaing di dalam pasaran jam tangan sukan dengan siri Move memang sudah dijangka.

Sekarang, G-Shock sudah lebih bersedia untuk bersaing dengan model baharu mereka, GBDH1000-1A7 - jam tangan sukan pertama mereka dengan pengesan nadi (ehart monitor) terbina di dalam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ia menggunakan pengesan optikal di bahagian belakang jam tangan itu untuk mengesan secara tepat kadar nadi. 

G-Shock ini mengesan kadar kecergasan pemakainya dan mampu merujuk nilai itu kepada angka-angka statistik penting yang lain seperti bearing, tekanan barometrik dan altitud serta suhu.

 

 

Ia juga dilengkapi dengan komponen-komponen GPS yang membenarkan mereka yang aktif bersukan itu untuk merakamkan kadar jarak, kelajuan dan rentak (pace).

Di samping itu, model GBDH1000-1A7 ini boleh membuat pengiraan kompleks seperti nilai maksimum VO2 - satu petanda kapasiti "cardio-pulmonary" dengan cara paling ringkas dan intuitif.

Ia turut diberikan fungsi-fungsi Move sebelum ini iaitu Step Tracker, lima sensor dan Bluetooth.

Seperti model-model premium G-Shock yang lain, ia mempunyai panel solar dan pengecaj USB serta skrin LCD jenis HD Memory-in-Pixel (MIP) yang terbina di dalam kerangka G-Shock yang diketahui lasak dan kukuh.

Dimensi badan siri Move terbaharu ini ialah 63X55X20.4 mm dan beratnya 101 gm. 

Di US, harga G Shock GBDH1000-1A7 ini ialah US$400 atau RM1,700.  

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…