G-SHOCK GBD-H1000 kini di Malaysia - harga RM1,899!

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan satu berita baik buat para peminat jam tangan Casio, atau lebih tepat lagi model G-Shock di mana model jam tangan fitness GBD-H1000 sudah pun memasuki pasaran Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut satu hantaran yang dibuat menerusi laman Facebook, Casio Timepiece Malaysia selaku pengedar tunggal jam tangan berjenama G-Shock untuk pasaran Malaysia mengesahkan kehadiran jam tangan tersebut di beberapa outlet G-Factory dan G-SHOCK Stores.

 


Jam tangan G-SHOCK GBD-H1000 merupakan jam tangan sukan yang membawakan pelbagai ciri-ciri kecergasan seperti sensor pengesan denyutan jantung, kompas, barometer serta termometer di dalam pakej tradisional G-SHOCK yang digemari umum.

Malah, dengan kehadiran komponen GPS dan GLONASS yang tersedia, pengguna yang aktif bersukan juga boleh merakam kadar jarak, kelajuan dan rentak larian.

Kesemua data tersebut boleh diakses dengan teliti menerusi aplikasi peranti pintar G-SHOCK MOVE yang membolehkan pengguna menganalisa rekod, prestasi serta merancang target latihan yang diperlukan.

 


G-SHOCK GBD-H1000 mampu bertahan sehingga 12 bulan dalam mod masa yang turut merangkumi fungsi notifikasi peranti pintar dan Step Tracker diaktifkan.

Namun, jika fungsi GPS diaktifkan, ia mampu bertahan selama 14 jam dan boleh dicas semula menggunakan tenaga solar atau bantuan USB.

 


Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Casio Timepiece Malaysia, harga jualan untuk model G-SHOCK GBD-H1000 ini bermula dari RM1,899 dan boleh didapati di mana-mana outlet G-Factory dan G-SHOCK di seluruh negara.

Sumber: Casio Timepice Malaysia

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…