G-Shock Gassan MRG-G2000GA-1A - jam tangan Samurai moden!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebuah lagi jam tangan edisi terhad MR-G daripada Casio Computer Co. Ltd hadir untuk rebutan para peminat tegar siri G-Shock. 

Dinamakan sebagai MRG-G2000GA-1A, jam tangan MR-G terbaharu ini mengambil inspirasi daripada semangat dan ketelitian pedang Samurai Jepun dibina. 

MR-G Gassan ini dihasilkan dalam 300 unit terhad dan menerima kemasan hasil kerja tangan Sadanobu Gassan, seorang tukang pedang yang sangat terkenal dengan tradisi kemasan gaya Gassan. 
 


Ini boleh dilihat pada permukaan tali jam yang mengambil idea kemasan daripada puting pedang Jepun, di mana tanda kasar (rasp mark) diaplikasikan bagi mengelakkan ia mudah tercabut daripada hulu pedang. 

Tanda kasar ini sangat berbeza daripada seorang tukang pedang dengan tukang pedang yang lain dan anda boleh melihat hasil kerja Gassan menerusi tali jam tangan MR-G ini. 

Setiap satu tanda ini dibuat dengan tenaga tangan oleh Gassan itu sendiri yang kini meneruskan tradisi sejak 800 tahun yang lalu. 
 


Manakala karakter Kanji yang diukir 鍛 "tanto hitosuji" membawa maksud "a singular dedecation to forging" juga merupakan tradisi yang dibawa sejak turun-temurun oleh keluarga Gassan.

Seperti mana sebuah pedang mempunyai hasil kemasan yang sangat teliti, semangat ini juga turut dibawakan pada MRG-G2000GA di mana casis dibina daripada titanium yang dikritalisasikan (recrystallized titanium). 
 


Casis ini kemudian dilayangkan dengan Arc Ion Plating sebelum diakhiri dengan warna Koki-murasaki (deep purple) secara tradisinya dikaitkan dengan golongan bangsawan di Jepun.

Rekaan bezel pula diperbuat daripada bahan COBARION yang dikatakan dua kali lebih kuat seperti keluli tahan karat dan bentuk yang diinspirasikan daripada bilah pedang.
 


MR-G MRG-G2000GA-1A Gassan ini dikuasakan oleh tenaga solar Tough Solar, selain membawakan pelarasan masa tiga cara, pengekalan masa menerusi GPS dan sambungan Bluetooth kepada aplikasi mudah alih pada peranti pintar. 

Harga jualan bagi unit terhad MR-G Gassan ini bermula pada $7,400 (RM30 ribu) dan dijangka diperkenalkan kepada umum Julai nanti.

 

Sumber: G-Central

Spesifikasi penuh di sini: MR-G G2000GA-1A Gassan

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…