G-Shock emas 18 karat paling mahal di dunia - RM282 ribu!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Bersempena ulang tahun yang ke-35 G-Shock, Casio telah memperkenalkan sebuah lagi jam tangan edisi khas, namun kali ini ia lebih eksklusif dan lebih mahal berbanding jam tangan G-Shock tipikal. 

Sebagaimana yang anda saksikan, G-Shock G-D5000-9JR baharu ini mengambil inspirasi daripada jam tangan konsep Basel World Dream Project 2015 yang diperbuat daripada bahan emas 18 karat. 

Boleh dikatakan hampir keseluruhan komponen jam tangan ini diperbuat daripada emas 18K, termasuklah casis empat segi tahan impak, pergelangan dan skru!

Unit operasi G-D5000-9JR ini dilengkapkan dengan kemaskini teknikal Casio, termasuklah ciri pembetulan masa  nyata daripada enam punca gelombang radio seluruh dunia, dan sistem pengecasan Casio's Tough Solar. 
 


Hanya dihasilkan dalam 35 unit terhad sahaja, jam tangan emas G-Shock edisi terhad ini dijual pada harga ¥7.7 juta (RM282 ribu) dan pra-tempahan boleh dibuat menerusi laman web Casio Jepun 15 Mei ini. 

Proses penghantaran pula akan menjelang penghujung tahun 2019.
 


Sebelum ini, jam tangan G-Shock yang paling mahal dipegang oleh G-Shock MRG-G2000HA - dengan jumlah produksi sebanyak 350 unit terhad dan harga $7,400 (RM30 ribu).

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…