G-SHOCK DW5600NASA20 - jam tangan angkasawan!

oleh Mohamad Hanif|
Casio baru-baru ini telah memperkenalkan jam tangan edisi terhad serba baharu yang bukan sahaja memberikan penghormatan kepada sejarah eksplorasi angkasa lepas NASA, malah turut mengimbau kembali sejarah sebagai salah sebuah jam tangan rasmi angkasawan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Secara asasnya, ia merupakan model yang sama digunakan oleh angkasawan ketika melakukan ekspedisi angkasa lepas iaitu model klasik DW5600.

 


Malah, jangan tidak tahu apabila jam tangan asal ini merupakan antara jam tangan rasmi yang diiktiraf penggunaannya selain daripada Timex Ironman dan Omega Speedmaster.

Dijual bermula 24 April yang lalu, jam tangan G-SHOCK bertemakan NASA ini hadir dengan beberapa ciri menarik seperti logo klasik NASA, tali jam bertulisan hitam "National Aeronautics and Space Administration" serta tema bendera Amerika pada band loop yang digunakan.

 


Sementara itu caseback jam tangan serta muka digital ini mempamerkan gambaran bulan ketika lampu diaktifkan.

Tidak seperti jam tangan asal yang hadir dengan warna hitam atau kelabu, model DW5600NASA20 ini hadir dengan warna tunggal putih sahaja.

 


Dijual pada harga $130 (RM567 mengikut kadar pertukaran matawang semasa), jam tangan ini disertakan dengan bekas casis besi dengan kemasan bertemakan roket Apollo Saturn, serta kotak dengan pandangan bumi dari angkasa lepas.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…