Ia membawakan rekaan ikonik jam tangan G-SHOCK dan dilengkapi dengan penderia optik dan accelerometer yang mampu memantau kadar degupan jantung, kandungan oksigen dalam darah, jumlah jarak larian dan kalori yang telah dibakar semasa bersenam.

Selain daripada itu, DW-5600 ini menggunakan sistem algoritma Polar Electro Oy yang mampu memberikan analisis terhadap latihan dan corak tidur pengguna berdasarkan data yang diperoleh.
Seperti jam tangan G-SHOCK yang lain, DW-H5600 mempunyai binaan kalis hentakan dan mampu bertahan di bawah permukaan air sedalam 200 meter.

Dengan kadar penggunaan aktif, jam tangan ini boleh bertahan selama 35 jam maksimum, atau sehingga satu bulan apabila fungsi pemantauan jantung ditutup.
Selain sistem pengecasan solar, DW-H5600 ini boleh dicas dengan menggunakan sistem pengecasan khas (USB-A) yang disertakan dalam kotak.

Terdapat lima varian DW-H5600 yang ditawarkan di semua kedai G-SHOCK, G-Factory, pengedar sah Casio dan tidak ketinggalan laman e-dagang Casio Malayia, dengan harga jualan seperti berikut:
DW-H5600-1DR: RM1,345
DW-H5600-2DR: RM1,345
DW-5600MB-1DR: RM1,395
DW-H5600MB-2DR: RM1,395
DW-H5600EX-1DR: RM1,995