G-SHOCK DW-6900AL22 dilancarkan, eksklusif untuk pasaran Asia Tenggara, dari RM550

oleh Mohamad Hanif|
Casio menerusi kerjasama dengan jenama pakaian jalanan Against Lab melancarkan jam tangan edisi terhad G-SHOCK DW-6900AL22 yang hanya eksklusif untuk pasaran Malaysia, Singapura, Thailand dan juga Indonesia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jam tangan G-SHOCK DW-6900AL22 ini menggambarkan semangat dan ketahanan para penunggang motosikal di Malaysia yang berusaha bangkit setiap pagi bagi menghadapi cabaran hidup setiap hari, seperti perubahan cuaca, trafik dan bermacam-macam lagi.

DW-6900AL22 ini menggunakan asas daripada jam tangan pertama G-SHOCK yang menampilkan ciri pencahayaan latar EL, iaitu DW-6900 yang muncul pada tahun 90-an, di mana rekaan klasik jam tersebut masih lagi dikekalkan pada penawaran terbaharu ini.
 

G-ShoCk


Antaranya adalah ciri paparan unik LCD 'Triple Graph', serta keupayaan tahan gegaran dan kalis air pada kedalaman air sehingga 200 meter.

Selain itu, ia juga turut menampilkan grafik kustom AGAINST dan slogan "ALL ENDEAVOUR, NO SURRENDER" yang dicetak pada bahagian tali jam.

Fon kecil AGAINST turut boleh didapati pada bahagian muka jam, diikuti dengan logo A kecil yang hanya kelihatan apabila lampu latar dihidupkan.
 

Jam


Kemasan krom pada bahagian dial jam pula menyamai bahan yang digunakan pada paip ekzos motosikal, manakala garisan jingga pula menyamai warna lampu isyarat membelok.

Hanya 100 unit sahaja ditawarkan dengan pakej pembungkusan eksklusif semasa acara pelancaran dan kedai dalam talian Against Lab, di mana jam ini juga boleh didapati di Casio Lazada Official Store bermula 28 Mei 2022, dan kedai G-SHOCK yang terpilih bermula 3 Jun 2022 pada harga RM550.

Setiap pembelian didatangkan dengan pemberian bandana G-SHOCK  x Against Lab secara percuma.

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…