G-SHOCK 40th Anniversary Remaster Black - tribut 49 model inovatif, harga bermula RM695

oleh Mohamad Hanif|
Casio Computer telah mengumumkan ketibaan model G-SHOCK Remaster Black Series pada April yang lalu bersempena dengan ulang tahun yang ke-40.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, siri jam tangan G-SHOCK Remaster Black boleh didapati secara rasmi menerusi kedai-kedai jam tangan Casio berhampiran, dengan empat model yang boleh dipilih iaitu DW-6640RE, GA-2140RE, DWE-5657RE (dengan bezel DW-5700 yang boleh ditukar) dan GA-114RE.
 

DW


Unik pada penawaran Remaster Black kali ini ialah rekaan tali jam yang menampilkan senarai 49 model yang terpilih berdasarkan ciri, struktur, fungsi, penggunaan bahan dan rekaan yang inovatif sepanjang 40 tahun sejarah kewujudan G-SHOCK.

Kesemua nama model tersebut dicetak atas tali jam resin bio dengan menggunakan proses 'hot-stamping' untuk efek yang lebih bertekstur, sebelum diakhiri dengan gegelung keluli tahan karat berwarna emas.
 

DW


Selain daripada logo ulang tahun yang diukir pada penutup belakang, terdapat sebutir bintang yang diukir pada bahagian kiri bawah casis, dan penanda minit ke-40 pada kaca GA-114RE.

Pada model DWE-5657RE dan DW-6640RE, logo ulang tahun akan muncul apabila lampu dihidupkan.

Berikut merupakan spesifikasi ringkas setiap model jam di bawah siri G-SHOCK 40th Anniversary Remaster Black:

 

DW-6640RE

RB


• Struktur tahan hentakan
• Ciri kalis air 20 bar
• Fungsi jam randik, kiraan masa menurun, penggera
• Sistem pencahayaan LED Super Illuminator
• Harga RM695

 

GA-2140RE

GA


• Struktur tahan hentakan
• Kalis air 20 bar
• Fungsi jam randik, kiraan masa menurun, penggera (5x), waktu dunia (48 bandar)
• Lampu LED berkembar Super Illuminator
• Harga RM755


DWE-5657RE

DW


• Rekaan bezel boleh ditukar (DW-5600C atau DW-5700C)
• Struktur tahan hentakan
• Kalis air 20 bar
• Fungsi jam randik, kiraan masa menurun, penggera
• Sistem pencahayaan LED Super Illuminator
• Harga RM795

 

GA-114RE

RE


• Struktur tahan hentakan
• Rintangan magnet ISO 764
• Kalis air 20 bar
• Fungsi jam randik, kiraan masa menurun, penggera (5x), waktu dunia (48 bandar)
• Sistem LED automatik
• Harga RM825


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jelajah pop-up itu bakal menampilkan rangkaian koleksi G-SHOCK 40th Anniversary, termasuk siri…