G-Lide bersegi baharu dari G-Shock!

oleh HEZERI SAMSURI|
G-Shock G-Lide menerima ahli terbaharunya apabila Casio melancarkan model siri GBX-100 baru yang disasarkan kepada sukan luncur air (surfing).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun bentuk oktagonnya menyerupai siri popular DW-5600, GX100 datang dengan "bezel" dua lapis besi dalam warna perak atau hitam dengan tulisan untuk fungsi setiap butang sisinya.

Paparan pula menggunakan jenis LED monotone  MIP (Memory In Pixel) yang bukan sahaja menghasilkan gambaran lebih halus dan tajam, tetapi menjimatkan tenaga bateri kerana ia tidak perlu dijana (setiap piksel mampu kekal gelap tanpa perlu kuasa elektrik).

 

 

Untuk terus menjimatkan tenaga bateri, paparannya akan ditutup selama 3 jam setiap hari jika mod Power Saving dipilih.

Fungsi utama GBX-100 ialah Tide Graph di mana ia boleh memberikan masa pasang/surut air laut di lebih kurang 3,300 lokasi seluruh dunia.

Selain dari itu, ia juga mempunyai fungsi latihan (training function) untuk mengira jumlah tapak larian (Step Counter), jarak larian dan kalori terbakar.

Berat GBX-100 ialah dalam 66 gram dan saiznya ialah 50.9 x 46 x 14.7 mm.

Seperti biasa, ia masih belum dibawa masuk secara rasmi ke Malaysia tetapi ia sudah mula dijual secara online di Shopee atau Lazada dengan harga hampir RM1k. 

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio G-SHOCK GMA-P2100W merupakan tambahan baharu kepada barisan kompak G-SHOCK GMA-P2100 yang…
Gaya Hidup
Oleh itu, Casio baharu sahaja mengeluarkan koleksi varian warna baharu pada jam tangan G-Shock…
Gaya Hidup
Jam tangan yang nampak gagah ini merupakan model G-SHOCK pertama yang menggandingkan kombinasi…